Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Apa Perlu Buat Jika Duit Tersekat Di Cash Deposit Machine?



Apa kita nak buat kalau duit kita tersekat masa tengah bank in duit pakai Cash Deposit Machine?
Kalau kita bank in duit dekat dalam bank mungkin takde masalah,
sebab mungkin kita boleh mintak tolong orang bank, ataupun kalau waktu malam, boleh minta tolong pak guard kalau ada. Ataupun, mungkin kat mesin di bank ada nota utk bagitahu apa yang patut kita buat dan siapa yg perlu kita hubungi kalau ada masalah macam tu.







Bayangkan kalau benda ni jadi masa kita bank in duit kat Cash Deposit Machine di Stesen-Stesen minyak? Tak ke haru biru dibuatnya kan? Selalunya memang takde orang bank yang jaga kat situ dan apa nota pun takde kalau ada berlaku kesilapan teknikal. Benda ni penah jadi kat depan-depan mata aku. Masa tu ada sorang Pakcik ni duit dia melekat. Terkial-kial dia dok tanya orang kaunter Stesen Minyak tu. Pekerja kat situ mana la nak pi tau, bukannya dia kerja bank.




So di sini adalah step- step yang kita kena buat kalau jadi kes macam ni:


1: Simpan Resit (Kalau Ada)

2: Kalau resit tak keluar, catatkan 
           a) jam & tarikh
           b) jumlah yang di bank in
           c) mesin yang mana satu

3: Hubungi SST Centre (Self Service Terminal Centre) 24jam. Laporkan dengan segera. -selalu Number contact SST Centre ada di setiap mesin ATM.

Bank akan refund duit dengan segera selepas buat balancing dan report. Selalunya ambil masa sedikit dan harap bersabar.

Tapi ingat, jangan la pi marah pulak budak operator tu. Sebab kita nak mintak tolong dia. Bila jadi benda macam ni kena banyak bersabar. Ingat ok.


Semoga info ini dapat membantu.