Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BAYANGAN NEGARA BARU BERACUAN ISLAM

Kepada yg Non-Muslim, jangan takut dengan perkataan Negara Islam mahupun Yusuf Islam. 

Ini kerana Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas Islam adalah mudah iaitu “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah”. Dalam ert
i kata lain, “Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih, mudah, suci dan selamat bagi setiap orang manusia”.

Tapi..!!!! apabila datangnya persoalan alternative kepada Kerajaan yang ada sekarang demi ke arah Negara Beracuankan Islam, adakah kita ada pilihan yang lebih baik? Frankly spoken, memang aku banyak juga tak bersetuju dengan Kerajaan ,tapi bak kata orang putih,” if we can‘t beat the enemy, be with the enemy. “

Masalahnya sekarang, seluruh generasi kita telah dipalit oleh lumpur-lumpur rasuah, termasuk di kedua-dua belah pihak (BN & PR). Yang belah BN kuasa dia ‘besar’, makan pun besarlah. Yang sebelah PR kuasa dia ‘kecik’, so makan pun kecik la. Dua kali lima, lima kali dua. Sama saja. So, adakah relevan or praktikal mencipta Kerajaan baru ataupun memperelok Kerajaan yang sedia ada?

Jika kita stay dengan Kerajaan yg ada sekarang, KELEBIHANNYA adalah kita TAK PERLU AMBIL MASA LAMA utk membangunkan Ummah mengikut Acuan Islam yang kita selalu persoalkan sekarang.

Tapi apa yg akan berlaku jika kita pilih Pakatan Rakyat?

Jawapan aku.. NEGARA ISLAM? NO HOPE..!!. Sebab jika mereka menang PRU13, pakatan PKR,DAP,PAS akan hancur. Maksud aku, brotherhood mereka sekarang akan hancur.

Of course semua benda kita tak boleh tentukan, Allah yang tentukan, dan concept 'belum cuba belum tahu' sebenarnya kita tak boleh guna dalam memilih kerajaan. Kita kena apply 'intelligent guess' dan 'calculated risk'.

Kenapa aku kata hancur?
Sejak PR Gagal untuk membuat keputusan utk menyediakan “Shadow Cabinet” mereka. Ini jelas bermaksud mereka not well established, dan sengaja melengah-lengahkan keretakkan dan kehancuran brotherhood mereka ni sehinggalah selepas PRU13 (jika PR menang). Buktinya, jawatan TPM adalah begitu taboo sekali kepada PR, jika Kit Siang diberi jawatan TPM, Hadi tak akan setuju. Vice versa. Dan jika aku orang PAS pun akan tentang jika TPM bukan dari PAS.

Solid tak solidnya PR, table out dulu shadow cabinet, kalau itu pun diorang tak mampu nak buat, lu fikir lah sendiri...

Tapi aku pelik jugak, kenapa orang Malaysia tak kesah sangat tentang "shadow cabinet" ni ek? Kalau keadaan politik negara kita macam Labour Party dan Conservative Party di UK tak pe jugak. Mana-mana pun kita boleh confident. They have very good shadow cabinet before Election.


Bukan apa, aku cuma nak tengok siapa yg pegang jawatan apa dan adakah orang itu diletakkan di tempat yang sebetulnya. Dan selepas itu, baru kita boleh nampak Shadow of Acuan Islam di situ. Jika bayangan Acuan Islam tu nampak lebih bagus dari apa yang kita ada sekarang, sudah tentu aku akan undi PR.




But, please show me your shadow cabinet first. Apa kata anda pula?