Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Darah Gitaris Terhebat Dunia Disemadikan Dalam Gitar

Sempena tahun 2000, IBANEZ (syarikat pengeluar gitar terkemuka dunia) telah mengeluarkan siri gitar yang unik iaitu Ibanez JEM2KDNA. Gitar ini bentuk seperti gitar-gitar biasa yang lain, cuma yang uniknya adalah warna permukaan gitar itu dicampur dengan DNA darah manusia.



Darah itu adalah milik Steve Vai. Bagi aku, beliau adalah antara gitarist yang paling best di dunia. Steve Vai juga ada saham dalam Ibanez dan juga antara salah seorang penasihat pereka bentuk dalam Ibanez. Beliau mengakui yang beliau terpaksa menderma banyak darah utuk model ini.










Ia adalah idea dari pelukis gitar iaitu Darren Johansen. Jika anda memiliki gitar tersebut, jumlah DNA (darah) yang diadun bersama cat dalam gitar anda adalah sebanyak nisbah 8:1 (cat:darah).

Keluaran gitar ini adalah satu perhormatan yang besar kepada Steve Vai kerana telah banyak memberi ispirasi kepada banyak gitaris-gitaris di serata dunia. Tanya saja gitaris, mesti rata-rata akan cakap Steve Vai adalah idola mereka. 

Untuk rekod, di seluruh dunia hanya terdapat 300 biji gitar ini. Bayangkan berapa banyak darah yang Steve Vai perlu bagi.  

Harga sebiji gitar ini di US adalah sebanyak USD7500. Kalau duit kita tu dalam RM25,000. Boleh beli Kancil second hand 5 bijik. Rasanya kat Malaysia ni tak dak sapa lagi yang pakai gitar ni. Kalau ada tolong bagitau Tokei Kedai ye..Bukan apa, nak try test.











Sekarang kita saksikan sedikit video Steve Vai dalam persembahannya. Beliau bukan sahaja gitaris yang hebat, malah beliau adalah penghibur yang sangat baik. Saksikan dan nilai sendiri.

layan:



Mulut tu cover sikit, jangan sampai ternganga luas2 pulak.