Hati-hati Order Teh O Ais Limau di Restoran Mamak.
Kita semua tahu yang kebanyakkan Restoran Mamak mesti berstatus 'A' untuk kebersihan. Tetapi walaupun begitu, benda yang paling aku 'alert' kitika makan di mamak adalah kebersihan kuku pekerja di situ.
Rata-rata aku tengok kuku mereka dalam keadaan kotor dan berair ketika serve air or makanan.. Selalunya kuku mereka retak dan pecah-pecah.
Kalau kita order makanan goreng or air Milo,kopi, nescafe, teh tarik or lain2 mungkin tiada masalah. Tapi bayangkan jika kita order Teh O Ais Limau ataupun Limau Ais yang memerlukan mereka memerah limau itu masuk ke dalam air anda dengan menggunakan jari mereka tadi. Memang geli geleman juga bila diingat semula.
Bukan apa, ini adalah untuk langkah berjaga-jaga. Harap tokei-tokei restoran lebih peka terhadap kebersihan pekerja-pekerja mereka selepas ini. Sekian
Bukan apa, ini adalah untuk langkah berjaga-jaga. Harap tokei-tokei restoran lebih peka terhadap kebersihan pekerja-pekerja mereka selepas ini. Sekian