Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Orang suka Complain takkan Maju

Pernahkah anda berdepan dengan orang yang suka komplen (complaint) atau mengkritik membuta tuli. Ada sahaja salah dan kelemahan orang yang dilihatnya. Lebih buruk lagi, dia menjaja 'keburukan' tersebut merata-rata dengan harapan ada orang lain akan terpengaruh akan cerita yang dibawanya.  


Golongan yang suka komplen ada dua kumpulan. 

1) Pertama, mereka ikhlas memberi teguran dan aduan. Cara mereka juga nampak jujur. Misalnya, seorang guru menasihati pelajar agar membaca buku sewaktu ketiadaan guru yang sepatutnya mengajar. 

2) Kumpulan kedua, menurut beliau adalah orang yang suka mengkritik kerana hobi dan supaya diterima oleh orang lain. Mereka merasakan apabila mereka sentiasa membuat komplen, merekalah orang yang cemerlang. 

Berdasarkan pembahagian ini, kumpulan kedua tidak perlu dilayan. Bagaimanapun, kumpulan pertama, memberi sumbangan kepada sesebuah organisasi. Mereka sebenarnya adalah golongan yang prihatin; jika mereka pekerja, mereka merupakan orang yang responsif dengan persekitaran. Apabila mereka mengkritik, sewajarnya mereka diajak bersama bagi mengatasi masalah yang timbul, agar penyelesaiannya dapat dibuat secara konsensus.


Oleh itu, kita jangan jadi bangsa yang suka complain complain complain, kritik kritik kritik. Sikit2 nak complain. Asal ada benda baik orang nak buat pun nak kritik. Semua serba tak kena. Orang macam ni memang takkan berjaya dlm apa yg dia mimpikan. Percayalah cakap aku.