Hari ini adalah hari yang menyedihkan buat Angkasawan Negara kita dan seluruh keluarganya kerana kehilangan Bapa yang disayangi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi jam 9.30pagi tadi di HUKM.
Sheikh Mustapha Sheikh Shukor ialah bapa kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia yang pertama, serta juga kepada empat anak lelaki yang lain, iaitu:
Sheikh Ahmad Shukor;
Sheikh Taufik Shukor;
Sheikh Mustapha Shukur
Sheikh Arwiz Shukor
Sheikh Mustapha jelas seorang ayah yang amat sangat sayang anak-anaknya serta juga suami yang serupa sayang isterinya. Dengan pendek kata, dia sungguh berjaya dalam membina sebuah keluarga yang amat sangat bahagia.
Seorang yang amat pintar, Sheikh Mustapha tahu akan pentingnya keseimbangan antara aspek mental, jasmani, dan kerohanian dalam kehidupan manusia.
Sheikh Mustapha juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Dia memiliki visi untuk setiap anaknya serta falsafah untuk membimbing kehidupan mereka. Untuk mencapai itu, Sheikh Mustapha melekatkan poster ilham pada dinding bilik tidur anak-anaknya. Poster itu termasuk petikan seperti "Kalau kamu fikirkan kamu boleh, kamu pasti boleh", dan petikan Napoleon Hill yang terkenal, "Apa yang akal boleh memikirkan dan mempercayai, ia boleh dicapai ".
Inilah Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, seorang ayah yang unggul.
Kepada semua rakyat Malaysia, Marilah kita sama sama sedekahkan al fatihah kepada allahyarham semoga rohnya diletakkan dikalangan orang orang yang beriman.
AMIN..