Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kelebihan Wang Kertas Baru

Gambar: Wang polimer yang dikeluarkan BNM pada Julai 2012 lalu.


Sudah hampir 4 bulan wang kertas baru telah diedarkan oleh Bank Negara. Wang kertas yang dikeluarkan adalah bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Ia diperbuat dengan menggunakan bahan polimer. Sepatutnya kita perlu sebut 'wang polimer', bukan wang kertas.

Wang polimer ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.Kebaikan wang polimer terbukti antara ciri-ciri matawang yang terbaik yang pernah dihasilkan. Antara ciri-ciri yang kita patut tahu adalah seperti berikut:


  • Tidak serap cecair
  • Tak mudah koyak dan tahan lama
  • Tidak mudah kotor dan lebih bersih dari bakteria
  • Tidak mudah untuk dipalsukan

Berbeza dengan wnag kertas lama, cara penjagaan wang polimer adalah berbeza. Berikut adalah panduan penjagaan wang polimer yang diterangkan oleh Bank Negara demi untuk memastikan jangka hayatnya yang tahan lebih lama:

  • Disimpan cara mendatar dalam beg duit
  • Sepatutnya tidak dilipat berulang kali kerana ianya akan meninggalkan kesan lipatan yang berkekalan
  • Boleh dibersihkan dengan menggunakan sabun dan air sejuk jika kotor.
  • Gunakan gelung kertas untuk membungkus wang polimer seperti cashier di 7 Eleven buat.
  • Tidak boleh terdedah kepada suhu yang tinggi dan panas melampau. (jangan sesekali seterika)
  • Elak dari mengepit wang polimer dengan menggunakan dawai kokot/stepler kerana lubang yang dihasilkan boleh menyebabkan ia mudah koyak



Kita perlu meniru cara orang barat mengendalikan wang kertas mereka jika berurusan. Belum pernah terjumpa antara mereka yang melipat wang kertas mereka. Kerapkali kita lihat ramai antara mereka yang menggulung wang kertas dengan menggunakan getah selain disimpan cantik secara mendatar di dalam beg duit tanpa ada kesan lipatan. 

Yang baik kita ikut, yang tak elok tak perlu la ikut.

-tokei kedai