Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ku Li Mengesahkan Rakyat Kelantan Tak Layak Dapat Royalti Minyak



Gambar: Tengku Razaleigh (Ku Li)


Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)  telah memuat naik video terbarunya di youtube (3 Oktober 2012)  dan memperjelaskan tentang isu royalti minyak bagi rakyat Kelantan. 

Menurutnya pada tahun 1948,satu perjanjian telah dibuat antara PETRONAS dengan setiap kerajaan Negeri. Kalau ada penemuan sebarang penemuan samada bijih timah ataupun apa juga yang berfaedah, kalau ditemui dalam kawasan kurang dari 3 batu nautika maka ia menjadi hak milik negeri. 

Oleh itu segala hasil-hasil bumi yang bermanfaat yang diambil oleh PETRONAS perlulah diberi royalti sebanyak 5% dalam bentuk wang. Jika jarak lebih dari 3 batu nautika selebihnya akan dikuasai oleh pihak pusat ataupun Kerajaan Pusat

Inilah asas perjanjian yang telah dibuat pada ketika itu kata beliau dalam video tersebut.


layan video ni selepas baca semua article ini :




So sekarang semua jelas ye, Kelantan boleh claim segala hasil bumi yang ada dalam jarak kurang dari 3 batu nautika.

 Jom kita tengok, berapa jarak telaga minyak yang digali PETRONAS dengan negeri Kelantan di gambar di bawah. 




Gambar: menunjukkan jarak dan kedudukan Blok A18 yang dituntut Kerajaan Kelantan



Di sini adalah informasi tentang jarak:

1 kaki(ft) = 12 inci
1 m = 3.3 ft atau 1.09 ela
1 km = 3300 kaki
1 batu = 1.609344 km
1 batu nautika = 1.852 km

Jika lihat di dalam gambar di atas jarak Blok A18 dengan sempadan pantai Kelantan adalah sebanyak 140 KM iaitu bersamaan 75.59 batu nautika.

Dengan ini, jelas mengikut perjanjian pada Tahun 1948, Kerajaan Pusat lah yang berhak ke atas segala hasil dari PETRONAS. 

Kerajaan KELANTAN TAK lAYAK..!

Kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Mengikut peraturan perairan Negara, kawasan kosong hingga tiga batu nautika adalah tertakluk di bawah bidang kuasa atau hak kerajaan negeri, manakala tiga batu nautika hingga 200 batu nautika adalah di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

Sebenarnya ada 2 sebab penting, kenapa Kelantan tak layak dapat royalti minyak ;

1) Isu Jarak = Memang claim royalti tak boleh sebab terlebih jarak.
2) Isu Lokasi = Kawasan tersebut turut dituntut Thailand dan Vietnam.



Ini dia map lokasi untuk rujukan ;







Map ni cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur jugak dalam pembangunan kawasan JDA ataupun MTJDA (Malaysia Thailand Joint Developement Area) 



Gambar: Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA di kawasan bertindih. 





Cuba tengok minyak yang bertakung area A-18 tu, tu bersambung terus dari Thailand. 

Jadi Thailand ada hak yang cukup kuat untuk claim, tetapi kita tak dengar orang-orang di Songkhla,Pattani dan Narathiwat menuntut royalti daripada Petronas.  Ini adalah kerana Pattani juga tiada hak untuk menuntut kerana ia dibawah bidang kuasa kerajaan pusat Thailand.




Malaysia Thailand Joint Authority


Kawasan JDA ini diurustadbir oleh MTJA (Malaysia Thailand Joint Authority)


Di bawah adalah senarai carta organisasi dalam MTJA.




Gambar: Carta organisasi terkini MTJA




Oleh itu harap semua orang lepas ini akan jelas yang JDA ini bukan di dalam perairan Malaysia sepenuhnya. Kita berkongsi dengan Thailand.

Bawah Pengurusan MTJA ada 2 Co-Chairman iaitu Mr. NOPADON MANTAJIT (pihak Thailand) dan Y.Bhg. Dato' NORIYAH BTE AHMAD (pihak Malaysia). Ini jelas buktikan ini adalah kawasan bertindih.

Perjanjian MTJA ni dibentuk pada 1979. 


So, semua dah clear kan? kesimpulannya orang-orang Kelantan dah kena tipu dengan PAS. Banyak masa dan tenaga termasuk wang ringgit telah di bazirkan hanya kerana tujuan politik terdesak PAS. 

Penipuan ini telah berjaya sehinggakan pada beberapa hari yang lalu dengan diketuai YB Husam (PAS) ramai yang membazirkan masa datang jauh-jauh dari Kelantan untuk berhimpun di depan Istana Kehakiman Putrajaya. Mereka juga sekali lagi berjaya melakukan upacara bersembahyang di atas kaki lima jalan yang belum tentu bersih di depan Istana Kehakiman walaupun Masjid Besi Tengku Mizan hanya terletak selang satu bangunan sahaja dari Istana Kehakiman. Dari dulu sehingga sekarang nampaknya mereka tak mahu bersembahyang di masjid yang dibina kerajaan. Boleh baca cerita tersebut di sini. (KLIK SINI)

                         
                         
Gambar: Muka-muka yang telah ditipu PAS akibat kurang maklumat.



Kalau kita tengok balik kenyataan Tengku Razaleigh di atas tadi, dan melihat sokongannya terhadap PAS dalam isu royalti ini, adalah amat pelik sekali kerana pada ketika dulu semasa Kelantan di bawah pemerintahannya kenapa isu Royalti ini tidak timbul? 


Ini jelas yang Ku Li hanya temberang sahaja. Mungkin dia sendiri tidak faham atau mungkin dia fikir yang rakyat Kelantan kurang faham tentang isu yang sebetulnya, lalu senang lah  menyuntik hasutan dan penipuan ke minda rakyat Kelantan dan membiarkan rakyat Kelantan berhalusinasi siang dan malam terbayangkan duit royalti tersebut.



                    
Gambar: betapa ramai yang telah ditipu oleh PAS dan berhalusinasi tentang duit royalti sehingga ke Putrajaya



Pada ketika dulu semasa Kelantan masih di bawah BN, Kelantan pun tak dapat royalti tersebut. Sebab apa? Ku Li yang sign agreement Petroleum Act 1974, dan Ku Li jugak yang terlibat jugak dengan MTJA, Kalau betul boleh dapat royalti apasal dia tak fight masa tu? Kenapa sekarang Ku Li kecoh bersekongkol dengan PAS untuk memnuntut benda yang sememangnya bukan hak Kalantan pun? 


Sepatutnya Ku Li harus mengutarakan isu-isu yang lain yang terjadi di Kelantan seperti isu tersebut:


- ketika ini banyak sudah dibuka pusat-pusat hiburan berGRO di KB. Perempuan GROnya dari Laos, China dan Vietnam. Sepatutnya premis-premis seperti ini disita dan dirobohkan. Ia tidak sesuai dengan imej Serambi Mekah yang diuar-uarkan kerajaan Pas Kelantan,


- banyak tanah di kawasan-kawasan strategik di Kota Bharu  kini tidak lagi dikuasai rakyat Kelantan. Bangunan-bangunan kolej swasta, pasar raya besar dan banyak lagi projek swasta yang berdaya saing diusahakan di atas tanah-tanah yang tidak lagi didominasi anak tempatan - yang kadang-kala diletakkan nama rakyat tempatan pun hanya sekadar 'cover line'


- Kerajaan negeri harus 'buka mata' dan bertindak segera untuk membasmi kegiatan ceti-ceti haram yang semakin berleluasa yang menggunakan orang-orang dalam Kelantan sebagai taiko.


- kegiatan perlombongan emas haram


- kegitan perlonbongan bijih besi yang tak ada batasnya sampai 24 jam di Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Rantau Panjang


- Isu di Pelabuhan Tok Bali yang 24 jam tanpa henti lori-lori memunggah hasil bijih besi ke dalam kapal-kapal besar yang syarikatnya dari India dan China. Hasil bumi Kelantan di bawa keluar dari Kelantan dengan banyaknya.


- Isu kawasan pembalakan yang hanya tinggal 20 peratus di Kelantan akibat kegiatan balak haram.


- Isu rakyat Kelantan yang ditipu dengan Skim Dinar Emas Kelantan


- Pelbagai lagi masalah seperti air dan macam-macam hal.



Kenapa perkara-perkara ini tidak dibangkitkan dengan bersungguh-sungguh oelh Ku Li ? Jangan sampai ada rakyat yang ingat Ku Li pun ada share sama.


Ku Li kena sedar, sebagai orang lama dalam politik, segala tutur kata sentiasa diberi perhatian oleh rakyat. Jangan sampai apa yang dituturkan boleh menjadi modal untuk pihak Pembangkang untuk menghasut rakyat dan menipu rakyat. 


Bertanggungjawab lah sikit.