Sebelum ini Pembangkang fitnah beliau pernah berkahwin dengan pembaca berita TV1(Farid Ismeth dah buat pengakuan yang ini fitnah).
Isu tudung sentiasa dijadikan isu (kalau Rosmah pakai tudung pun puak-puak pembangkang akan terus cari isu untuk fitnah) ,
Selepas itu pembangkang fitnah pasal cincin berlian 24juta (sebenarnya cincin pameran untuk Jacob & Co).
Sekarang pula kecoh pasal isu PERMATA (
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak)
“Biarlah saya difitnah, biarlah saya dihina, asalkan anak-anak ini mendapat pendidikan awal yang terbaik”.
“Macam-macam yang telah diperkatakan oleh pihak di sebelah sana (pembangkang) tetapi kita pekakkan telinga dan teruskan kerja-kerja kita untuk masa depan anak-anak ini.
“Saya tidak mendapat apa-apa pun… saya sendiri tak faham mengapa mereka asyik nak timbulkan kontroversi,”
Gambar: Program Khatam Muqaddam di Terengganu
Menurut Rosmah lagi, program Permata bukanlah satu usaha yang boleh memudaratkan minda anak-anak sebaliknya ia memberi fokus kepada pendidikan pra sekolah secara holistik bagi membentuk insan yang cergas minda, kreatif dan berkeyakinan tinggi. Beliau menambah, rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kini meletakkan usaha membina modal insan sebagai agenda teras kepada kejayaan bangsa dan negara.
Malah katanya, komitmen itu dibuktikan melalui penglibatan agensi-agensi kerajaan dalam mewujudkan tadika dan taska Permata seperti yang dilakukan oleh pihak KEMAS dan lain-lain.
“Kita dapat lihat betapa seriusnya kerajaan meletakkan aspek pendidikan pra sekolah ini di mana melalui Bajet 2013, sejumlah RM532 juta diperuntukkan kepada KEMAS.
“Lebih dari itu, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, kerajaan telah mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi membantu membuka taska baru yang lebih berkualiti,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kanak-Kanak Tabika dan Taska Permata Kemas, pagi tadi.
Apa yang dilihat, program seumpama itu, wajar dianjurkan bagi membolehkan hubungan erat terbentuk selain memupuk semangat kerjasama antara anak-anak, para pendidik Tabika dan Taska serta tidak ketinggalan golongan ibu bapa.
Isu PERMATA kali ini nampak lebih hangat apabila dalam Budget 2013, Najib mengumumkan dana sebanyak RM111 juta untuk PERMATA. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya dana RM111 juta ini adalah sedikit dan tidak cukup.
Gambar: selain dari bantuan Kerajaan, PERMATA juga dapat bantuan dari pelbagai agensi yang bermurah hati.
SEDIKIT INFO TENTANG PERMATA:
PERMATA dapat RM111 juta dalam budget 2013
KEMAS dapat RM532 juta dalam budget 2013
- Kanak-kanak yang terpilih untuk PERMATA adalah terdiri dari ibu bapa yang berpendapatan rendah, OKU, Ibu Tunggal, dan yang kurang kemampuan. Lihat sini untuk maklumat tentang syarat-syarat kelayakan (KLIK SINI)
- Program PERMATA juga boleh dikatakan Percuma seperti juga Program PPRT (Program Bantuan Pelajar Rakyat Termiskin) yang ada di setiap sekolah dimana Kerajaan tanggung dari atas kepala hingga ke kaki pelajar-pelajar tersebut, termasuk yuran, buku teks, baju uniform, makan minum dan sebagainya.
- Pusat Anak PERMATA Negara(PAPN) di bawah seliaan Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang yuran/bayaran kepada ibu bapa yang anaknya terpilih memasuki PAPN. Apa yang diperlukan buat masa ini ialah sumbangan 4 jam sebulan dari ibu atau bapa untuk meyertai aktiviti bersama kanak-kanak di PAPN.
- Sehingga setakat ini, seramai lebih kurang 20,000 kanak-kanak telah menyertai dan mendapat kebaikan dari program PERMATA.
- Sebanyak lebih 450 Taska Permata termasuk Pusat Anak Permata Negara di seluruh negara yang ada sekarang. Bayangkan berapa duit nak pakai?
- Di Terengganu sahaja ada 32 Taska Permata, 34 Taska Keluarga (sekarang dinaiktaraf menjadi Taska Permata Keluarga), 15 Taska Permata Kemas, 2 Taska Permata Perpaduan, 4 Taska Permata Komuniti, dan 2 Pusat Anak Permata Negara. Keseluruhannya berjumlah 89 buah pusat PERMATA. Hanya di Terengganu sahaja. Bayangkan agak-agak kalau campur semua negeri cukup tak RM111 Juta? Dengan nak bayar gaji pengajar-pengajar dan staf-staf di Pusat Permata lagi. Satu Taska sahaja at least ada 5-10 orang pengajar. Bayangkan kalau kesemua sekali?
- PERMATA diwujudkan atas kesedaran untuk menajamkan IQ kanak-kanak kerana tahap IQ kanak-kanak berbeza mengikut budaya, keturunan, bangsa, keadaan sekeliling dan genetik. Disamping itu ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dari aspek rohani.
- Banyak Program-program yang dibuat di setiap Taska di seluruh negara untuk menggalakkan kanak-kanak untuk minat belajar seperti lawatan, program hari ibu, hari guru, dan pelbagai lagi program yang besar besar. Tenaga-tenaga pengajar juga perlu menghadiri kursus untuk meningkatkan kemahiran. Bayangkan berapa duit untuk semua program ni?
Kalau pembangkang asyik mempolitikkan isu ni, apa nasib semua kanak-kanak ni ? Mungkin jika kanak-kanak ni dibawa untuk berdemontrasi haram di jalanan, bagi mereka itu adalah wajar. Begitulah ceteknya akal orang-orang pembangkang.
Gambar: Siapa tak kenal, inilah dia Mak Lampir yang sentiasa mengfitnah Isteri Perdana Menteri.
Diminta kepada semua rakyat Malaysia janganlah terpengaruh dengan FITNAH dari pemimpin dan juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP).
Lepas ini kalau ada apa-apa saja isu yang mereka sensasikan untuk menghentam Kerajaan, silalah selidik dulu betul-betul, Jangan hanya pergi ikut sokong sahaja macam lembu.
Sememangnya pemimpin pembangkang yang selalu berceramah di pentas-pentas untuk menfitnah Datin Seri Rosmah sebenarya mempunyai titik-titik hitam syaitan di hati mereka dan hanya tahu sentiasa mencari isu untuk tujuan FITNAH setiap program yang baik yang telah dibuat oleh Datin Seri dan juga Kerajaan kerana mereka risau Kerajaan Barisan Nasional semakin dekat di hati rakyat kerana sentiasa Menepati Janji.
video salah satu program khatam Al-Quran kanak-kanak under PERMATA:
Akhir sekali, simpan kata-kata ini di hati:
Ingat Kaki FITNAH, Ingatlah Pakatan Rakyat
Ingat Tin Kosong, Ingatlah Pakatan Rakyat
Ingat Munafiq, Ingatlah Pakatan Rakyat
Ingat Pelacur dan Gay, Ingatlah Ketua Pakatan Rakyat..