Sempena menyambut Aidil Adha pada esok hari, saya sangat suka untuk bercerita tentang satu perkara yang unik yang saya tahu masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum tahu tentangnya.
Bagi kita, kalau tiba musim raya dengan main meriam buluh tu kira hebat sangat dah. Walaupun kebanyakkan ibu bapa melarang anak-anak mereka main, tapi kita tetap degil juga nak main meriam buluh yang ekstrem ini.
Tapi sebenarnya ada lagi meriam yang lebih hebat dan lebih kuat dari meriam buluh. Inilah dia Meriam Talang. Ia diberi nama sempena dengan tempat asal dimana meriam ini dimainkan iaitu di Kampung Talang, Kuala Kangsar Perak.
Meriam ini mereka mengunakan batang paip besi yang besar. Dengan mengunakan paip besi, kaedah ini dikatakan lebih selamat kerana ia tidak mudah pecah seperti buluh.
Cara-cara orang kampung Talang main meriam ini sungguh unik kerana mereka menggunakan 'meriam' yang banyak. Mereka juga mepunyai formasi yang tersusun dan teratur ketika bermain kerana setiap kumpulan pasukan meriam mepunyai "komander" nya sendiri yang mengawal setiap pengendali meriam-meriam itu.
Saya cadangkan saudara-saudara semua berkunjung ke Kampung Talang. Memang suasana nya sebiji macam suasana ketika perang kerana bunyi yang dihasilkan Meriam Talang ini tersangat kuat.
Penduduk kampung Talang hanya bermain Meriam ini ketika musim raya sahaja. Kepada sesiapa yang memang asal dari Kampung Talang ini memang anda sunguh bertuah kerana mepunyai satu tradisi yang unik dan sunguh hebat di kampung anda.
Bersama ini saya sediakan semua video Meriam Talang di dalam blog saya.
Selamat Hari Raya!
Gambar: remaja-remaja sedang bermain Meriam Talang |

WELCOME TO KAMPUNG TALANG!