Baru-baru ini dalam isu Scorpene. Yves Charpenel, seorang pendakwaraya yang amat terkenal di Peranchis telah menafikan laporan-laporan pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.
Pembangkang menyebar fitnah bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.
Sebelum ini Anwar Ibrahim banyak kali terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam untuk dijadikan keldai SUARAM dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Tapi segala usaha Anwar Ibrahim itu nampaknya sia sia belaka kerana Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng-gengnya memang tidak boleh dharap.
Sehari selepas kenyataan Charpenel, Tian Chua terus mempertahankan fitnah yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan dan akan ada perbicaraan pada masa akan datang.
Tetapi sekali lagi pihak Mahkamah Peranchis telah menolak semu apendakwaan itu kerana ternyata mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh dan semuanya dibuat berdasarkan persepsi sahaja.
Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat. Untuk makluman semua, orang-orang PKR semuanya terkenal dengan amalan kaki kencing (kuat tipu).
Walaupun dah kantoi pun masih tak nak mengaku. Yang dekat sekali kita lihat adalah baru-baru ini apabila Ketua PKR Penang mati-mati tak mengaku yang dia dah kata Lim Guan Eng tokong, sombong, dan sebagainya. Akhirnya kantoi juga. Itulah perangai orang-orang PKR dan Pakatan Rakyat yang lain.
Adakah kita nak orang-orang macam ni jadi pemimpin kita? Orang bodoh saja yang masih sokong.
Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene lagi.
Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.
Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS tidak akan membantu dalam isu ini kerana mereka dilihat berdiam diri dalam isu Scorpene ini. Ya lah, dah tau bend ani tipu, memang la orang takut nak tolong.
Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.
Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.
Mari kita lihat video lama ini. Diupload pada tahun 2008. Kalau kita masih ingat lagi, Youtube masih lagi tak popular dan diguna meluas oleh rakyat Malaysia, begitu juga Facebook. Tetapi penyangak-penyagak ini sudah lama menebar fitnah dalam Youtube.
Video dibawah adalah fitnah pembangkang yang telah lama dibuat dulu sehingga mereka berjaya buatkan rakyat Malaysia percaya.. Jika kita dengar suara pembaca dalam video di bawah ini nanti, kedengan seperti suara orang Indonesia. Ini membuktikan Anwar Ibrahim juga dari dulu telah menjaja dan membawa cerita buruk Malaysia kepada rakyat Indonesia.
Hasilnya sekarang semakin ramai rakyat Indonesia makin membenci Malaysia seperti sebelum ini terjadi kes membakar bendera Malaysia, wujudnya page untuk mengutuk Malaysia di Facebook dan sebagainya. Ini semua kerja Pakatan Rakyat yang tak bertanggungjawab.
Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.
Kalau kita ingat pada tahun 2007 pembangkang telah mengeluarkan satu gambar Najib bersama Altantuya dan Razak Baginda sedang makan satu meja. Gambar itu telah berjaya buatkan seluruh Malaysia percaya yang Najib ini menipu kerana sebelum itu Najib telah mengaku yang dia tidak pernah kenal dan jumpa Altantuya.
Tapi zaman sekarang, gambar itu adalah begitu jelas sekali bahaya ia telah diedit samada menggunakan Photoshop ataupun software yang lain. Tian Chua pengasas SUARAM terlibat dalam usaha untuk mengsuperimposekan gambar Najib dan Altantuya itu. Lihatlah betapa bodoh dan jahat sekali mereka ini.
Semua maklumat yang telah disebar secara meluas oleh pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang begitu teringin nak jadi Perdana Menteri.
Tak mengapalah, bak kata Tun Mahathir, kita bagi sajalah Anwar pegang jawatan tu sehari. Bagi la dia merasa sikit. Teringin sangat tu.
Nanti biar Dato Seri Najib umum macam ni:
"KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, HARI INI, PERDAMA MENTERI MALAYSIA ADALAH DATO SERI ANWAR B. IBRAHIM. BERKUATKUASA SEHINGGA 12 MALAM INI"
lepas tu bagi la dia merasa dok Seri Perdana dengan Kak Jijah dan anak-anak satu hari satu malam. alahai...
KESIANNNNN...