Gambar: Sepatutnya macam ni baru betul. |
Dah lama saya tak menulis untuk blog ini, maklumlah sekarang ni musim raya haji. Kali ini saya suka nak berkongsi sikit pasal hudud. Sebelum itu , saya nak intro sikit tentang hukum Islam yang lain yang telah dijalankan di Malaysia.
1. Sistem kewangan dan Perbankan Islam masih baru dilaksanakan di Malaysia. Walaupun sedemikian ia telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada dua pihak iaitu pihak bank dan pelanggan.
2. Bank-bank yang sebelum ini menjalankan perniagaan secara konvensional telah mula minat dengan sistem kewangan Islam. Buktinya lahirlah CIMB Islamic, Hong Leong Islamik, RHB Islamic dan sebagainya. Begitu juga lahirnya syarikat-syarikat Insuran yang berlandaskan Islam. Itulah bukti kekuatan sistem kewangan acuan Islam.
3. Ia selamat, menguntungkan, lebih ringkas, senang difahami dan adil. Sistem ini diterima sangat baik oleh pelanggan yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam.
4. Begitu juga dengan isu sensasi politik yang telah bertahun-tahun diperkatakan di negara kita iaitu hukum Hudud. Jika semua masyarakat dapat memperakui dan memahami kebaikan dan untungnya bila ada perlaksanaan hukum Hudud ini, saya yakin sebelum tahun 2020. Hudud boleh diwujudkan di negara ini.
5. Hukum hudud adalah hukum yang adil. Oleh itu, ia tidak boleh dilaksanakan hanya keatas orang Islam sahaja. Kesemua rakyat baik Islam mahupun bukan Islam perlu faham dan menerima sistem Hudud ini dengan baik.
6. Bukan Islam harus tahu hudud ini bukan satu undang-undang yang ganas dan kejam. Ia bukannya boleh saja-saja pancung, sula, rejam, potong sewenang-wenangnya. Jika anda merasa takut dengan hudud ini, percayalah, anda adalah salah sama sekali. Hukum Islam adalah untuk kebaikan semua.
7. Percayalah, jika anda faham, anda akan berasa tenang dan senang seperti juga anda senang dengan Perbankan Islam, Ar-Rahnu dan sebagainya.
8. Wahai rakan-rakan yang bukan Islam, seperti juga perbankan Islam, hukum Hudud juga adalah sangat baik, tersangat adil dan sungguh indah.
9. Kepada saudara-saudara saya yang beragama Islam pula, tak perlu lah kita sesama Islam berpuak-puak dan menjadikan isu hudud ini sebagai senjata politik untuk menghentam puak sesama Islam yang lain hanya untuk mendapat sokongan undi semasa pilihanraya. Sebelum ini kita lihat hudud, syurga, dosa dan pahala juga dipolitikkan. Sudah-sudahlah tu. Banyak lagi benda lain yang boleh dipolitikkan.
10. Selagi kita sesama Islam berbalah, sampai kiamat pun orang bukan Islam takkan faham dan hudud tak akan berjaya dilaksanakan.
11. Adalah menjadi tugas kita sesama Islam untuk sama-sama menerangkan kepada bukan Islam tentang keindahan, keistimewaan dankelebihan hukum Hudud seperti yang kita telah buat untuk mempromosi dan menjayakan sistem Kewangan Islam, Dinar Emas, begitu juga muzik genre Nasyid dan sebagainya.
12. Adalah diharapkan agar selepas ini akan ada satu program atau siri jelajah untuk mempromosi dan memperkenalkan Hudud kepada semua masyarakat yang berbilang agama. Ini juga adalah satu Jihad.
12. Adalah diharapkan agar selepas ini akan ada satu program atau siri jelajah untuk mempromosi dan memperkenalkan Hudud kepada semua masyarakat yang berbilang agama. Ini juga adalah satu Jihad.
13. Sistem Kewangan Islam di Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Banyak negara-negara Islam yang lain belajar dari Malaysia.
14. Selepas ini, apabila Hudud sudah diterima oleh semua masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini, saya teramat yakin yang sistem Hudud di Malaysia juga adalah yang paling TERBAIK DI DUNIA dan kita sekali lagi akan menjadi contoh ikutan kepada dunia Islam.
MALAYSIA BOLEH!
Amin..
-Tokei Kedai
video Fathul Bari menerangkan tentang hudud: