Pihak berkuasa di Oregon sedang menyiasat bagaimana seorang petani telah dimakan oleh babi sendiri selepas tinggalan sebahagiannya tubuhnya telah ditemui dalam kandang babi di ladang beliau.
Terry Vance Garner, 69, seorang vateran Vietnam, didapati tidak pulang ke rumahnya selepas dia dikatakan pergi ke ladang untuk memberi makan kepada haiwan ternakannya pada Rabu lepas. Ladangnya terletak berhampiran pantai Oregon.
Gambar: kandang dimana En. Garner didapati mati.
Seorang ahli keluarga menjumpai gigi palsu Encik Garner dan cebisan badannya dalam kandang babi beberapa jam kemudian, tetapi kebanyakan mayat beliau telah dimakan. Beberapa babi ditimbang dan mendapati berat mereka sebanyak 318 kilogram atau lebih.
Gambar: ini adalah contoh babi yang seberat 300 Kg lebih.
Menurut Pegawai Polis, kemungkinan En. Garner mengalami serangan jantung, atau dilanggar oleh haiwan secara kuat, kemudian dibunuh dan dimakan. Coos County District Attorney Paul Frasier berkata, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya lebih dari seekor babi telah memakan Encik Garner.
Kemungkinan berlaku perbuatan khianat juga disiasat.
.
"Untuk semua yang kita tahu, ia adalah satu kematian yang ngeri, tetapi ia begitu pelik dan kita perlu melihat semua kemungkinan," kata Paul Frasier.
sumber: The Telegraph.