Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zulfahmi Elak Raikan Kemenangan Dengan Sembur Arak


Gambar: Zulfahmi bertindak turun dari pentas sebelum upacara sembur arak


Zulfahmi merupakan anak Malaysia yang pertama yang menaiki podium dalam perlumbaan Moto-GP yang berperingkat dunia. Seperti selalunya jika kita melihat setiap kali upaca pemberian hadiah, mesti akan ada upacara menyembur arak. Ini adalah tradisi dalam mana-mana perlumbaan motor ataupun kereta bertaraf dunia.

Tapi pada Moto-GP kali adalah berlainan kerana Zulfahmi mengelak dari melakukan upacara tersebut. Beliau kelihatan dari awal-awal lagi telah melarikan diri dengan menurun dari podium. Tetapi beliau terkena juga sedikit dari semburan Cortez. Mungkin Cortez tidak tahu tentang sensitiviti orang Islam.

Mungkin selepas ini jika ada lagi perlumbaan di Malaysia, diharapkan pihak penganjur dari Malaysia hanya menyediakan air Coke, ataupun Pepsi sahaja untuk upacara sembur menyembur ini. Kerana isu arak ni amat sensitif kepada masyarakat Islam. 

Video di bawah menunjukkan rakaman semasa acara sembur arak tersebut. Kalau kita tengok dalam siaran ulangan, bahagian ini telah dipotong.

Apapun tahniah buat Zulfahmi kerena telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia. 

Syabas!!




layan video uncut ini: