1. Sekali lagi umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan serangan Israel ke atas Gaza yang meragut banyak nyawa yang terdiri daripada pasukan militan di Gaza, dan juga orang awan yang terdiri daripada wanita, orang tua dan kanak-kanak.
2. Persoalannya sampai bila kita nak tangisi dan mengasihani mereka? Tentera Zionis akan tetap menyerang Palestin tanpa segan silu kepada negara lain atas alasan untuk menjaga kedaulatan negara tercinta mereka. Riaksi kita hanyalah dengan menunjukkan perasaan marah terhadap Israel.
Children killed on Monday At GAZA: Tasneem Nahhal (9yrs). Eyad Abu Khousa (18 mnth). Tamer Abu Asaifan (1yr). Jumana Abu Asaifan (age unknown) |
3. Marah/maki-hamun/menyumpah/mengutuk, itu sajalah yang kita di Malaysia ini mampu buat. Ada juga berkempen terutamanya di Facebook untuk memboikot produk di Malaysia yang ada hubungan dengan Israel seperti Mc Donald, Starbuck dan sebagainya.
4. Tetapi ini pun jadi masalah apabila isu boikot ini boleh mencetus pergaduhan sesama kita sendiri bilamana golongan yang boikot produk ini tidak berpuas hati dengan golongan yang masih berselera untuk makan dan menggunakan produk tersebut. Sebenarnya kempen boikot ini amatlah tidak praktikal. Anda juga perlu sedar, selain Mark Zuckenberg, antara pengasas Facebook yang lain juga adalah berketurunan Yahudi.
5. Pilihan yang nampak baik adalah dengan menderma sedikit wang kita kepada tabung-tabung khas untuk rakyat Palestin. Alhamdulillah, rakyat kita memang banyak menderma dan menghantar bantuan ke Palestin. Persoalan juga timbul apabila memikirkan adakah sumbangan kita itu akan sampai dengan selamat ke bumi Palestin tanpa disekat oleh Israel? Kita hanya perlu berusaha setakat yang termampu, selebihnya biarlah Allah yang menentukan.
6. Tetapi soal pokoknya,adakah semua ini boleh membantu saudara-saudara kita di Palestin? Mereka tak mengharap kita menangis, maki-hamun dan sumpah seranah Regim Israel. Orang-orang Palestin juga tidak meminta dan menagih simpati kita untuk derma wang dan harta benda kita kepada mereka.
7. Rata-rata kalau kita lihat di tv dan youtube, mereka hanya mengharapkan saudara Muslim mereka seluruh dunia terus menyokong mereka dan berdoa supaya mereka dilindungi Allah dan Palestin menjadi Aman. Mereka juga mengharap Dunia akan menyokong dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat. Itulah yang sebenarnya mereka inginkan.
8. Isu pembunuhan di Palestin bukan hanya tentang isu agama, ia adalah isu hak asasi manusia dan isu kekejaman serta penindasan yang paling teruk dalam sejarah peradaban manusia selepas era Hitler. Jika Israel boleh buat perkara ini kepada jiran mereka, inikan pula kepada negara lain di masa akan datang.
9. Persoalan. Kenapa negara-negara lain terutama negara bukan Islam masih sunyi dan tidak menyokong Palestin? Jawapannya adalah kerana Israel melalui sekutunya Amerika telah membutakan banyak negara di dunia dengan hanya menunjukkan bahawa hanya Israel saja yang diserang teruk oleh Pejuang Palestin. Mereka memberitakan bahawa beratus-ratus roket telah dilancarkan ke atas penempatan awam Israel. Kematian yang hanya 2 atau 3 orang penduduk Israel telah dicanangkan seluruh dunia padahal di pihak Palestin mereka tidak nyatakan pula berapa ramai yang telah terbunuh terutamanya kanak-kanak.
10. Oleh itu, tanpa melengahkan masa lagi, bersempena dengan tajuk "Gerakan Jihad Khas Selamatkan Palestin", saya menyeru kepada semua umat Islam terutamanya di Malaysia melancarkan Jihad untuk selamatkan Palestin dan menyedarkan seluruh dunia tentang betapa kejamnya Regim Israel terhadap Palestin.
11. Jangan risau, misi Jihad yang saya cadangkan ini tidak memerlukan wang ringgit pun. Kerana kita akan melancarkan Jihad kita di laman-laman sosial terutamanya Facebook.
12. Cara-caranya ialah:
- Memiliki akaun di Facebook
- Kenalpasti page-page Facebook yang menyebar propaganda Israel. (contoh: http://www.facebook.com/theACLJ)
- "Like" page tersebut dan baca secara keseluruhan posting-posting propaganda di timeline mereka
- Bila sudah faham, kritik mereka dengan secara berhemah sambil tunjukkan bukti kekejaman Israel di Palestin terutamanya kanak-kanak yang terbunuh.
- Dekati setiap mereka yang komen di page tersebut dengan menghantar link-link bukti kekejaman Israel ke Inbox Message mereka.
- Untuk berinteraksi dengan masyarakat dari negara lain, penguasaan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa lain-lain adalah penting. Kuasailah Bahasa Inggeris sekarang kerana ini juga adalah Jihad.
14. Sasaran kita bukan kepada rakyat Malaysia mahupun Indonesia ataupun negara-negara Arab, tetapi kepada negara-negara yang bukan negara Islam seperti ni China, Jepun, India, Scotland, Canada dan banyak lagi.
15. Untuk lebih berkesan, diminta anda semua study dulu tentang musuh kita iaitu Israel seperti isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan Palestin, kekuatan Israel, pandangan masyarakat Israel terhadap Palestin, Perjanjian Oslo dan sebagainya untuk lebih mematangkan kita untuk berhujah.
16. Tetapi INGAT, adalah dilarang sekali kita MEMAKI HAMUN, menyeru supaya orang Israel dibunuh, memboikot mereka dan pelbagai kelakuan yang tidak elok dibaca. Contohi akhlak Rasulullah yang bersederhana ketika melawan kekejaman tetapi dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang. Itulah contoh dakwah yang paling berkesan dan meninggalkan kesan yang mendalam.
17. Tujuan kita adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada seluruh rakyat di dunia. Jika kita tunjukkan perangai yang tidak matang, sudah tentu mereka akan menjauhi kita. Alhamdulillah, sekarang Russia dan Vanezuela berpihak kepada Palestin. Begitu juga penganut-penganut Kristian. Tapi ini masih lagi tidak mencukupi.
18. Ingatlah, walau apapun yang kita buat dan usahakan, kita mestilah bersederhana, bersabar dan jangan putus asa. Marilah semua menyahut seruan jihad ini. Kita tidak boleh berputus asa dalam perjuangan kita. Doakan supaya saudara kita di Palestine terus bersabar dalam perjuangan mereka. Semoga Allah menjaga mereka di sana dan kita di sini perlu berjihad dengan cara kita di sini.
SAYA SUDAH MULAKAN. ADAKAH ANDA SEMUA BERSAMA-SAMA SAYA?