Belum lagi habis isu Wakil Rakyat Setahun Jagung bagi jalan pada Melayu untuk murtad, sekarang ni tak habis habis penyokong pembangkang mencaci, memperli dan mengutuk Dato Seri Najib berkenaan poster "Jom Solat Asar Berjemaah Bersama YAB Perdana Menteri" pada 8 November 2012 yang lalu di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang. Itulah Pembangkang.
Saya pun pelik kenapa mereka mengutuk sangat, rupa-rupanya anjuran Program Jom Solat Asar tersebut dibuat bersempena kedatangan Dato Seri Najib ke masjid tersebut untuk merasmikan dan melancarkan program Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia. Selama ni apa yang Pakatan Rakyat dah buat untuk membangunkan Sekolah Pondok? Sebab itulah mereka tak sudah sudah pagi petang siang malam mengutuk segala program Kerajaan hanya untuk mengaburi mata pengikut-pengikut tegar mereka. Itulah Pembangkang.
Program Jom Solat Asar ini dibuat kerana untuk memberitahu orang ramai yang berada di sekitar Ampang untuk turut bersama-sama datang secara dekat untuk melihat Perdana Menteri secara lebih dekat di samping berjemaah bersama-sama beliau. Iyalah, bukan senang kita nak jumpa Perdana Menteri yang sentiasa sibuk. Oleh itu, inilah masanya untuk datang berjumpa beliau. Salah ke? Itulah Pembangkang.
Sekali lagi pengikut pembangkang telah mempolitikkan program ini untuk kepuasan nafsu politik mereka. Macam macam mereka kutuk Dato Seri Najib. Dato Seri jadi makmum pun salah, kalau dia jadi imam pun sudah pasti mereka kutuk juga. Itulah pembangkang.
Begitu juga kalau Kerajaan tidak hiraukan sekolah pondok, mereka kata Kerajaan Zalim. Bila Kerajaan bantu, mereka kata Kerajaan politikkan sekolah pondok. Padahal kebanyakkan anak-anak yang masuk sekolah pondok itu rata-rata mak dan ayahnya orang PAS. Itulah pembangkang.
Yang paling bodoh sekali adalah kenyataan daripada Ketua Wanita PKR yang baru-baru ini mengutuk dan memerli Dato Seri Najib dalam ceramahnya. Orang buat program untuk berjemaah solat Asar pun dikutuk dan diperlinya. Bagus sangat ke Zuraidah ni? Amalan dia semua dia dah tahu ke telah diterima Allah?.Macam-macam cerita yang bodoh telah keluar dari mulut Ketua Wanita PKR ini. Patutlah orang memanggilnya dengan gelaran Mak Lampir. Rasanya Zuraidah ni lebih buruk dari Mak Lampir. Itulah Pembangkang.
Jom saksikan Video merapu Mak Lampir ini:
Apa pendapat anda tentang ceramah beliau? Dia kata ini adalah pertama kali program solat asar, padahal sebelum ni banyak lagi program sedemikian. Ada tak dia cerita tentang apa pembangunan dan apa program yang Pakatan Rakyat akan buat untuk orang Ampang?Pembangunan negara? Umat Islam? Sekolah-sekolah pondok? Hampeh. Semuanya hanya cerita kosong di kedai mamak. Aku hairan kenapa manusia ini boleh terpilih jadi wakil rakyat. Kesal.
Itulah Pembangkang..
Lupakan saja perangai Ketua Wanita PKR ini. Mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku semasa program pada 8hb tersebut. Mari kita saksikan:
Dalam video di atas, saya tak nampak pula Mak Lampir dalam tu. Kalau dia hadir pun sudah tentu dia balik awal sebab dah kecut dengan sokongan dari orang-orang pondok. Kesian Mak Lampir, dah terdesak sangat sanggup jual maruah dan menipu pengikut-pengikutnya. Itulah Pembangkang :)