Protes Anti LYNAS Adalah Bukti Masih Ada Golongan Yang Mudah Dikhayalkan Dan Tidak Merdeka.
Labels:
Politik
1. Sebagai ummah; atau masyarakat, bangsa ataupun negara, kalau kita tidak merdeka, kita akan ditindas dan
dibuli. Kenapa? Sebab kita terus bergantung dengan orang lain dan juga dengan teknologi orang lain. Buktinya? Smartphone siapa punya, tv siapa, aircond siapa, internet siapa punya yang korang berabis
duit gaji setiap bulan atau ptptn utk beli?
2. Ini la
org cakap neo-capitalism, post colonization yg dirangkum bawah nama globalisasi yang istilah-istilah ni korang tak pernah tau pun sebab korang membaca pun
malas, poyo je lebih. Kritik sana kritik sini.
3. If and only if, kita produce our own technology, baru kita
bole dinamakan betul-betul merdeka dan bermaruah. Tapi susah sangat ke nak
produce teknologi sendiri? Tak! langsung tak! Kalau semua orang islam belajar
betul2, dapat kan knowledge yang sebenar.
4. Kita tentu boleh sebab tiada geological material yang tidak boleh didapati
di Negara kita (semua benda datang dari tanah ok, besi, nano fiber, even uranium). Apa yang kita perlu cuma ilmu untuk 'sambung2
benda-benda ni jadi 'smartphone' dan pelbagai benda lain. Itu saja.
5. Bila dah tak perlu nak beli barang orang, bila dah tak perlu
nk merayu diskaun dgn orang lain, baru la kita merdeka dan bermaruah sebagai
umat Islam.
6. Ini tidak, projek LYNAS di Gebeng di politikkan. Sedangkan
semua pakar-pakar kimia mahupun pakar nuclear mengesahkan bahawa projek LYNAS
ini selamat. Bukan itu sahaja, malah Dr Che Rosli Che Mat, yang merupakan MP
PAS Hulu Langat memegang PhD dalam bidang sains nuklear. Beliau mendedahkan
dalam satu wawancara yang lalu bahawa dia dipaksa untuk menutup mulut oleh
kepimpinan partinya sendiri selepas dia bercakap mengenai isu LYNAS,
7. Che Rosli berkata operasi Lynas melibatkan bahan yang kurang
radioaktif daripada apa yang dihasilkan oleh pengekstrakan bijih besi
tradisional dan oleh itu, ia benar-benar selamat. Bahan buangan yang dihasilkan
adalah radiasi tahap yang rendah bahawa ia boleh sisi undang-undang dibawa
kembali ke Australia tanpa keperluan untuk perlindungan.
8. Malah kedua-dua organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia
memberikan “lessen” kepada LYNAS selepas
ulasan panjang dari segi saintifik.
9. Tapi, ramai golongan-golongan ini tidak mahu mendengar dan
tidak mahu belajar dari apa yang LYNAS boleh buat untuk memajukan Negara.
Baru-baru ini ramai yang berdemontrasi di tengah kota KL. Saya pelik kenapa
mereka masih anti walaupun LYNAS mendapat pengiktirafan. Itulah kuatnya
pengaruh POLITIK. Pengaruh dari politik yang keterlaluan boleh membuatkan soeorang yang pandai menjadi
bodoh sebodoh-bodohnya dan boleh mengubah seorang yang baik menjadi hina-sehina
hinanya. Kasihan melihat mereka. Inilah jadinya jika kita malas berfikir dan belajar dari orang yang ahli dalam bidang tersebut.
10. Persoalannya, boleh tak kita belajar? Kalau tak boleh kenapa? Terencat akal sangat ke kita? Kalau betul macam tu buat malu Islam saja lah.
11. Lagi satu tolong la jangan mistikal sangat. Jangan la asyik
kata kita ditindas dn dibuli sebab ini adalah bala Allah atas kita dan semua ini
boleh disettlekn dgn sembahyang, berdoa dan tutup aurat saja, dengar cakap ustaz dan
pergi ceramah agama dah cukup. Tak sedar-sedar lagi ke kita dgn firman Allah dalam
- Allah akan ubah nasib kalau kita usaha
- Tak sama kedudukan antara orang yang berilmu dan tak berilmu.
- Dan juga hadis Nabi dalam “iman”, “islam” dan “ihsan”,. Ketiga-tiga ini adalah ikutan yang wajib ada pada seorang muslim. Masalahnya, majoriti kita ada islam dan iman saja, tetapi ihsan tiada.
12. Belajar dan kerja lah rajin2-rajin. Tak payah nak
sibuk-sibuk tukar kerajaan ke, berdemo
ke, nak berperang ke, nak doakan
kemusnahan sesama Islam dan sebagainya. Kalau tak nak
juga belajar dan maju, duduk diam2, jangan jadi hipokrit dan munafik, dan jangan sampai orang labelkan kita sebagai golongan yang bodoh.
TQ for reading.
p/s: Apa yang pembangkang cakap, korang jangan lah percaya bulat-bulat. Selidik dulu betul-betul. Itulah ciri-ciri insan yang berjaya.
p/s: Apa yang pembangkang cakap, korang jangan lah percaya bulat-bulat. Selidik dulu betul-betul. Itulah ciri-ciri insan yang berjaya.