Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Band Robotik Terhebat: COMPRESSORHEAD


Semasa aku tengah check website Festival muzik terbesar di Australia iaiti Big Day Out Festival untuk kali yang ke 2013 ini. Semua band-band yang perform di festival tersebut bukannya calang-calang band. Aku tertarik dengan satu band yang diberi nama COMPRESSORHEAD ni.

Apa yang mengejutkan aku band ini terdiri darpada robot-robot yang sungguh hebat bermain alat muzik yang sebenar! Band ini dianggotai oleh 3 Ekor Robot. Boleh ke aku pakai 'ekor'? .Hentam sajalah. Tidak seperti sebelum ini yang kita lihat robot terutama daripada Jepun yang pandai main muzik tapi amat membosankan dan hanya seperti miming saja main alat muzik. Tapi robot-robot ini ternyata hebat.


Tanpa melengahkan masa aku akan memperkenalkan seekor demi seekor anggota band ini.

Di bahagian gitar memperkenalkan "Fingers". Fingers adalah pemain gitar dalam band ini.  Fingers mempunyai 75 jari yang digerakkan dengan kuasa hidraulik untuk menetekan di seluruh fret gitar. Bayangkan jika manusia mempunya 75 jari?. Maka kita tidak boleh memandang rendah kepadanya.

Di bawah adalah gambar "Fingers"

Fingers bersama gitar kesukaannya
Selepas ini suka aku memperkenalkan "Bones". Beliau adalah pemain bass. Mempunyai Empat jari untuk memetik tali bass dan juga 4 jari untuk tekan di fret. Bones adalah ahli terbaru dalam COMPRESSORHEAD. Influence Bones adalah seperti Robert Trujillo (Metallica), Commerford, dan Chancellor. Bayangkan lah kehebatannya.

Di bawah adalah gambar Bones:

Bones bersana P-Bass nya.

AkhIrnya aku nak memperkenalkan pemain dram yang sungguh cool iaitu "Stickboy". Beliau mempunyai mohawk. Tidak seperti manusia, Stickboy mempunyai 4 tangan untuk memegang stick drum dan mempunyai 2 kaki untuk menekan pedal drum. Di samping itu Stickboy mempunyai pembantu iaitu Stickboy Junior. Stickboy Junior adalah robot yang ditugaskan untuk membantu Stickboy menjaga bahagian Hi-Hat. Hebat bukan?


Stickboy dan Stickboy Junior sedang beraksi


Hanya band-band yang hebat dan best sahaja yang layak untuk perform di Big Day Out Festival. Ternyata COMPRESSORHEAD bukan calang-calang band. Kalau anda tak percaya, anda boleh saksikan semua video performance COMPRESSORHEAD di bawah ini.



Video: Tribute To PANTERA



Video: Tribute To AC/DC 


Video: Jemming Lagu Ace OF Spades