Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BANTAHAN KALIMAH ALLAH UNTUK AGAMA LAIN

Kecelaruan dalam Pakatan Rakyat mengundang padah.


1. Nama Allah S.W.T adalah begitu suci dan hak mutlak orang Islam di Malaysia. Oleh itu kami umat Islam tidak menyokong untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah untuk urusan keagamaan pada mana-mana agama lain. 

2. Cukup lah sekadar membenarkan mereka menyanyikan lagu Negeri-negeri yang ada perkataan Allah kerana selama kita Merdeka, perkara ini bukannya satu masalah bagi mereka.

3. Menjadi persoalan kenapa isu ini ditimbulkan oleh Pemimpin DAP?

4. Mereka(DAP) nampaknya semakin berani semenjak sudah pandai berceramah menggunakan potongan Ayat Al-Quran. 

5. Sekarang mereka menimbulkan isu nama Allah dengan mempergunakan Ulama-ulama yang sehaluan kepercayaan politik sebagai keldai mereka demi untuk memecahbelahkan Islam di negara ini.

6. Kami umat Islam sudah banyak bersabar. Cukup-cukup lah mengguris perasaan kami. Belajarlah bersyukur kerana kalian hidup aman dan sentosa tinggal di dalam negara ini. Kalau anda betul-betul rakyat negara ini, tolonglah jaga sensiviti agama lain.

7. Seperti mana kami tidak suka orang mempersendakan Rasulullah, begitu juga kami tidak akan membiarkan sesiapa menodai perkataan Allah biarlah atas alasan apa sekalipun. 

Semoga jelas.