![]() |
DOKUMEN PERKAHWINAN KE-2 UFB YANG SAH |
Tetapi kali ini para bloggers Pembangkang dan juga ada di kalangan pemimpin pembangkang telah menyerang peribadi UFB (isu perkahwinan kedua beliau). Ini menjadi kebiasaan dan lumrah permainan politik kotor pembangkang yang bila apabila mereka tidak daat melawan hujah, mereka akan lekukan serangan peribadi dan fitnah kepada sesiapa yang tidak sehaluan.
Pada kali ini isu perkahwinan kedua UFB telah disensasikan dan ditambah tambah untuk tujuan memalukan dan mengaibkan UFB. Dokumen pernikahan di Thailand yang akhirnya telah disahkan oleh Kerajaan Malaysia telah di sebarkan secara umum untuk mengaibkan UFB dengan tagline "kahwin lari".
Di sini UFB telah menjelaskan dengan sepenuhnya tentang isu perkahwinan beliau. Dan beliau telah mendoakan sesuatu kepada bloggers-bloggers pembangkang yang cuba menfitnah beliau. Saksikan video ini.
Sesiapa pun akan marah apabila peribadi mereka diburuk-burukkan orang. Tetapi UFB menghadapi perkara ini dengan tenang. UFB tak pernah pun buat salah kepada korang. Kepada sesiapa yang telah cuba mengfitnah beliau, cepat-cepatlah meminta maaf kepada nya. Kerana doa orang yang teraniaya Allah tentunya akan makbulkan. Apatah lagi doa seorang alim ulama.