Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ISU AIR: Apa Yang Rakyat Selangor Perlu Tahu




1. Sebenarnya jika kita imbas semula, isu air ini telah timbul sejak dari tahun 2010 lagi. Tetapi isu air di Selangor yang ditimbulkan pada ketika itu tidak sebegitu sensasi seperti sekarang. Kawasan seperti Ampang, Pandan, Seputih dan disekitarnya telah diklasifikasikan sebagai kawasan merah iaitu bermaksud kawasan yang seringkali mengalami gangguan bekalan air. 

2. Rakyat Selangor rata-rata menjadi keliru kerana tidak tahu untuk merujuk kepada siapa. Bila rujuk kepada SYABAS, mereka menuding kepada Kerajaan Selangor. 

3. Tetapi apabila masalah ini ditujukan kepada Kerajaan Selangor, mereka menuding kepada SYABAS.

4. Rakyat semakin keliru dan akhirnya ramai yang mengambil tindakan untuk menyaman SYABAS dan Kerajaan Selangor. 

5. Saman telah dibuat tetapi masalah air masih juga belum selesai. 


IMBASAN LALU

6. Sekarang kita imbas kembali pada tahun 2010 yang lalu. Sejak dari 2010 lagi, SYABAS menegaskan bahawa pam di loji airnya telah bekerja melebihi had kapasiti yang dibenarkan. Ini adalah kerana permintaan ataupun penggunaan air semakin hari semakin meningkat berikutan dari meningkatnya jumlah penduduk yang menetap di kawasan Lembah Klang. Akibat daripada pengoperasian yang melebihi had ini, pam akan menjadi cepat rosak. Oleh sebab itu, Kerajaan Pusat dan SYABAS amat memerlukan kata putus dari Kerajaan Selangor untuk membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah ini kerana ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. 

7. Kerajaan Pusat dan SYABAS telah menegaskan juga bahawa Langat 2 perlu dipercepatkan pembinaannya. Tetapi Kerajaan Selangor masih berlengah-lengah dan berdolak-dalik dalam menyelesaikan masalah Langat 2 dan juga masalah air ini.

8. Kebimbangan yang pam akan rosak akhirnya telah menjadi kenyataan dan telah menyusahkan penduduk selama bermingu-minggu lamanya pada awal tahun 2013 ini. Jelas sekali rakyat Selangor marah kepada kerajaan Selangor. 

9. Apabila ramai yang saman Kerajaan Selangor, baru mereka (Kerajaan Selangor) kelam-kabut menggerakkan seluruh pemimpin Pakatan Rakyat untuk berceramah ke seluruh kawasan yang mengalami masalah air demi untuk mewar-warkan kepada rakyat yang masalah ini bukan salah Kerajaan Selangor. Mereka menyalahkan SYABAS dan Kerajaan Pusat. 

10. Jika kita lihat ceramah daripada saudara Rafizi Ramli (PKR) dan juga pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, mereka asyik memberitahu penduduk yang SYABAS gagal menyelenggara dengan baik dan berkala terhadap loji pam di Wangsamaju sehingga ada yang rosak. 

11. Untuk pengetahuan rakyat Selangor. Cerita daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di setiap ceramah adalah adalah  FITNAH semata-mata. SYABAS adalah satu syarikat yang besar dan beretika. Jika ada penduduk yang tinggal berdekatan dengan loji di Wangsamaju tersebut pasti akan menyedari yang setiap sebulan sekali, mesti ada petugas SYABAS yang datang untuk membuat penyelenggaraan dan pemeriksaan terhadap loji terbabit. Segala dakwaan yang sering didakwa oleh pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah dijawab oleh pihak SYABAS di sini (klik sini)


ISU LANGAT 2 DAN TEKNOLOGI MEMBRAN

12. Kerajaan Selangor nampaknya begitu bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya mereka untuk menggagalkan projek Langat 2 yang telah pun siap hampir separuh. Cuba bayangkan kalau Langat 2 ini gagal. Projek ini akan terbengkalai dan bayangkan berapa banyak duit yang rugi jika ia jadi projek gajah putih?

13. Dalam kekalutan terhadap krisis air pada tahun 2012 yang lepas, barulah Kerajaan Selangor mengeluarkan pendapat untuk mencadangkan alternatif iaitu Teknlogi Membran demi untuk menggantikan atau secara halusnya untuk menggagalkan Projek Langat 2. Yang menjadi persoalan, kenapa baru tahun 2012 mereka nak bagi keputusan idea ini? Kenapa dari 2010 dulu tak buat kerja? Kenapa suka melengah-lengahkan kerja?

14. Padahal Menteri Besar Selangor pun sedar, teknologi ini adalah tidak praktikal buat masa dari 20 tahun dari sekarang. Walaupun teknologi membran ini dikatakan lebih murah dari Langat 2, tetapi rakyat Selangor perlu sedar, untuk menukar air laut kepada air yang boleh diminum memerlukan teknologi yang lebih tinggi dari pam loji air. 

15. Bayangkan berapa agaknya kos dan kekerapan untuk menyelenggara dan membaikpulih sistem teknologi membran ini. Dalam jangka masa panjang, kos menyelenggara teknologi membran ini adalah lebih tinggi dari menyelenggara Pam air. Teknologi yang baru, akan memerlukan juga fasiliti yang baru, tenaga kerja yang baru, kursus dan pengetahuan yang baru, risiko yang baru dan macam-macam lagi kerana kita masih tidak biasa dengan benda baru ini. Semua itu kos juga.

16. Bukti teknologi membran ini masih tidak relevan adalah negara jiran kita iaitu Sigapura pun masih tidak menggunakan teknologi ini. Mereka hanya menyimpan angan-angan untuk mula mennggunakan teknologi membran ini dalam 30 tahun akan datang sekiranya mereka tidak perlu lagi bergantung kepada air dari Johor.

17. Di Malaysia, sumber air begitu banyak, oleh itu mengapa perlu teknologi membran ini? Hanya membazir dan membuang masa dan tenaga sahaja kerana penyelesaian yang lebih murah dan mudah kita ada. Pakatan Rakyat menyetakan bahawa Langat 2 ini adalah salah satu "Projek Mega" kerajaan Barisan Nasional untuk memenuhi poket-poket kroni mereka. Tuduhan ini adalah lumrah setiap kerajaan di seluruh dunia yang selalunya akan dicop melakukan rasuah dan kronisme. Adatlah begitu.

18. Kalau kita lihat di sebelah Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan Selangor juga, kegiatan rasuah , birokrasi, penyelewengan dan kroni juga begitu berleluasa samada secara terang-terangan mahupun sembunyi. Banyak isu seperti tender-tender yang telah lulus dibatalkan pada peringkat akhir dan sebagainya. Ini bukti wujudnya masalah birokrasi di dalam Kerajaan Selangor itu sendiri. Terbaru isu pemilihan calon parti DAP pun timbul isu penipuan undi. Ini jelas mereka adalah kumpulan Pakatan yang tidak boleh dipercayai.


KEPENTINGAN LANGAT 2

19. Kerajaan bukan saja-saja untuk bina Langat 2. Segala kajian, pemerhatian, pengiraan telah dilakukan dengan terperinci dan dari situ timbul kepentingan untuk membina Langat 2 ini. Penduduk di Lembah Kelang semakin meningkat hari-demi hari. Ini adalah faktor pekerjaan, pelancongan dan pelbagai tarikan yang lain.

20. Kerajaan mengambil pengajaran dari isu air tahun 1999 yang lalu semasa negeri Melaka mengalami krisis air yang begitu teruk akibat dari kemarau yang panjang. Pada waktu itu negara kita berdepan dengan fenomena IL-Nino. Kebanyakan negeri di bahagian Barat Semenanjung Malaysia mengalami kemarau. Tetapi Melaka lebih teruk. Air sungai dan di kolam simpanan menjadi kering. Pam air menghadapi masalah untuk mengepam air ke setiap pengguna. 

21. Berikutan dari inilah kerajaan mengambil langkah untuk menyalurkan air dari Pahang ke Selangor. Ini adalah kerana jika terjadi kemarau seperti masa lalu, walaupun air di kolam simpanan di Selangor kering, ia tidak jadi masalah kerana air dari Pahang dapat disalurkan ke Selangor untuk membantu bagi menampung keperluan air penduduk di Selangor ketika kemarau yang panjang. 

22. Mengapa Pahang? Kenapa tidak Negeri Sembilan? Perak lebih dekat. Soalan ini sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat di setiap ceramah. Untuk pengetahun penduduk Sekangor, seperti yang kita tahu, jika fenomena kemarau berlaku di sebelah Barat Semenanjung, di bahagian Timur Semenangjung seperti Terangganu, Pahang dan Kelantan selalunya tidak akan terjejas. Begitu juga sebaliknya. Jika bahagian Timur Semenanjung mengalami musim tengkujuh, di bahagian Barat Semenanjung selalunya tidak mengalami tengkujuh. Oleh sebab itu air tidak disalurkan dari Negeri Sembilan ataupun Perak, kerana jika Selangor kemarau, sudah tentu negeri di sekitar akan terjejas sama.  

23. Oleh sebab itu juga air tidak disalurkan dari Kelantan mahupun Terengganu kerana Pahang lebih dekat dari Selangor. Kosnya menjadi agak mahal kerana kedua negeri itu terpisah oleh Banjaran Titiwangsa yang juga sebagai agen penebat/penghalang  kepada fenomena kemarau mahupun tengkujuh dari berlaku di kedua-dua belah timur dan barat. Jika Kerajaan Pusat bodoh dan hanya tahu nak untung, sudah tentu Kerajaan Pusat akan salurkan dari negeri Terengganu. Lebih jauh, lebih untung. Tetapi Kerajaan Pusat tidak seperti itu. 

24. Pemimpin Pakatan Rakyat berkata sebenarnya air cukup sebab air di kolam takungan terlalu banyak sampai melimpah pada masa sekarang ini. Memanglah air di kolam takungan sekarang ni melimpah sebab sekarang musim hujan. Kita bukan tuhan, kita tak boleh agak bila bencana seperti kemarau akan berlaku.  Langat 2 ini juga adalah satu projek jangka masa panjang kerana kajian telah dilakukan bahawa pada tahun 2014 nanti, kawasan lembah Klang akan mengalami krisis air yang dahsyat jika tidak dilakukan sesuatu dari sekarang. Takkan bila nak dekat 2014 baru nak mula buat Langat 2? Baik mulakan dari sekarang kerana kos barang dan kos-kos yang lain masih murah. Jika buat pada masa akan datang sudah tentu kos sudah meningkat.


KESIMPULAN

25. Di sini, rakyat Selangor harus sedar yang Kerajaan Selangor iaitu dari Pakatan Rakyat adalah tidak bertanggungjawab dan seringkali gagal untuk menjalankan tugas dalam isu air ini. Mereka suka melengah-lengahkan sesuatu perkara. Bila isu sudah meletup, baru menggelabah nak buat kerja. Akhirnya mereka senang menyalahkan orang lain pula. Rakyat Selangor jika masih terkeliru, diminta pergi ke SYABAS untuk dengar penjelasan. 

26. Kita juga perlu sedar sejak dari dulu lagi Parti Pembangkang amat cemburu dan amat tidak menyenangi Projek-projek Kerajaan Pusat seperti pembinaan KLCC, KLIA, Litar Sepang dan Putrajaya. Mereka bermati-matian menentang projek-projek ini demi nafsu politik dan meracunkan fikiran rakyat yang kononnya Kerajaan Malaysia menghabiskan duit rakyat. Padahal sekarang mereka pula yang begitu inginkan Putrajaya, hari-hari berbelanja di KLCC, siap bergambar lagi. Mereka pula sekarang bangga dengan orang luar kerana Malaysia ada Menara Kembar tertinggi di dunia. Mereka juga yang hari-hari menggunakan perkhidmatan di KLIA untuk ke luar negara. Subang pun sudah tak ramai orang.

27. Dulu masa membantah projek-projek ini mereka tidak sedar dan tidak nampak yang semua projek ini akhirnya akan memberi kesenangan dan kebanggaan kepada mereka dan generasi mereka pada masa sekarang. Sekarang mereka membantah dan bermati-matian untuk menggagalkan Langat 2 pula.Mereka tidak sedar Langat 2 ini boleh digunakan sehingga berpuluh-puluh tahun akan datang. Fikirlah tentang generasi kita yang akan datang.

28. Ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat bukan pilihan yang sesuai pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti kerana mereka tidak mempunyai visi tidak berpandangan jauh ke hadapan. Biarlah mereka menjadi pembangkang sampai bila-bila. 




VIDEO: Langat 2 hampir siap. Jangan jadikan ia jadi Projek Terbengkalai yang akhirnya membazirkan.