Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KOMIK MURTAD : Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan



Pelbagai cara telah dibuat untuk menjejaskan akidah orang Islam dan terus boleh memurtadkan orang Islam itu sendiri. Cara-cara tersebut ialah seperti:

  1. Penyebaran Komik (sasaran kepada kanak-kanak)
  2. Di sebarkan seperti flyers (dimasukkan ke dalam raga motosikal, di sekolah, pusat tuisyen dan sebagainya)
  3. Nyanyian yang menyesatkan akidah di pusat-pusat tuisyen
  4. Penggunaan nama Allah sebagai ganti tuhan (Bapa kepada Jesus)
  5. Gereja bagi bantuan kepada (orang Islam) yang tak mampu.
  6. Pelbagai lagi.
Gambar-gambar di bawah adalah komik yang telah dicetak dari Indonesia pada tahun 1998. Di Malaysia buku ini dipercayai telah disebarkan pada tahun 2000 lagi. Bayangkan sekarang sudah 2012.

Anak-anak kita yang baru bersekolah rendah tentu amat suka dan gembira jika komik yang menarik kartunnya ini diberi secara percuma. Mesti mereka berebut-rebut untuk mendapatkannnya. Bayangkan kalau kita Ibu Bapa tidak tahu yang mereka ini menyimpan komik ini? 

Mungkin kita yang sudah matang dan cukup ilmu agama ini boleh beza antara Tuhan orang Kristian dan Tuhan kita. Tapi apa jadi pada yang kurang didikan agama? Kanak-kanak? Anak-anak kepada saudara baru (mualaf)?. Sedangkan ada yang cerdik pandai pun ada yang murtad. 

Bayangkan jika nama Allah mereka boleh salahguna seperti yang dilakukan di Komik ini. (sila klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas)

















Bersama-sama kita selamatkan Akidah Anak-anak kita.