Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemimpin Yang Berzina Masih Diterima Dalam PAS ?




Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex  akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi secara berseloroh kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.

Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:

“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.






Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13 ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.

Hadi juga turut mengesahkan bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua dua parti untuk mencapai keputusan.

Ramai penyokong pembangkang dilihat semakin tidak senang dengan perkembangan ini. Mereka sekarang amat resah kerana mula rasa ditipu. Ada juga yang mempercayai bukan Dato Mustafa Ali sahaja yang terlibat dengan isu moral ini. Malah mereka mula mempercayai mungkin ada juga pemimpin tertinggi PAS yang lain yang mempunyai isu moral yang sama.

Mengikut cerita dari sumber dalaman PAS, seluruh keluarga Dato Mustafa Ali amat malu dan amat terkejut sekali dengan penyebaran video itu. Mereka juga tidak menyangka bahawa Dato Mustafa Ali yang sebelum ini berpewatakan warak dan baik boleh terlibat dengan masalah moral yang memalukan ini.

Berikutan dari perkembangan yang mengatakan Hadi Awang menerima Mustafa Ali memegang jawatan Setiausaha Agung PAS juga menimbulkan kemarahan ahli akar umbi PAS seluruh negara kerana mereka berpendapat bahawa parti Islam yang memperjuangkan hudud tidak boleh menerima pemimpin yang melakukan zina dan kesalahan moral apatah lagi menjadi Setiausaha Agung PAS.