Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

HARGA AYAM NAIK: Pemuda PAS Kelantan Mula Berkokok


Gambar: Ayam dan Ahmad Fadhli b. Saari

Pemuda PAS Kelantan mula berkokok apabila kata mereka kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah harga ayam yang tinggi pada bulan puasa ini.

Maka pelbagai gesaan telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan iaitu Ahmad Fadhli b.Saari, demi untuk menghentam kerajaan dan untuk menunjukkan bahawa mereka sajalah kononnya yang boleh menurunkan harga ayam dan bijak mengawal ekonomi. Padahal di negeri Kelantan sendiri pun harga ayam naik menggila. Sumber: Media Fitnah PAS 

Kerajaan boleh kawal harga ayam (harga siling: rm6.80 sekilo), tetapi kerajaan tak boleh kawal permintaan dan citarasa luar biasa rakyat terhadap ayam. Bila permintaan luar biasa meningkat dari rakyat terutamanyapada musim-musim perayaan, maka akan ada peniaga /pembekal yang degil ingin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Apa yang kerajaan boleh buat? 

Ya, kerajaan dah tetapkan harga syiling untuk ayam. Tetapi peniaga/pembekal masih naikkan harga. Takkan nak suruh pergi tangkap dan denda mereka? Sebab itu buat masa sekarang. Menteri yang berkenaan hanya boleh educate rakyat untuk mengurangkan membeli ayam disamping menegur pembekal/peniaga. Apabila permintaan 'luar biasa' ini menjadi 'biasa', maka automatik harga ayam akan turun. Itulah kuasa kita sebagai pengguna. 

Status Ketua Penerangan PAS Kelantan di Facebook menyindir Menteri KPDNKK.

IMPORT AYAM DARI CHINA

Langkah kerajaan untuk mengimport ayam daripada China adalah satu usaha yang bijak untuk mengajar pembekal yang degil ini.Di sampai dapat meningkatkan kuantiti ayam dan memulihkan harga pasaran ayam. Kenapa isu ini Ketua Penerangan PAS Kelantan tersebut tak nak sebut pula? Mungkin kurang info mengenai isu semasa. Baik tak payah jadi Ketua Penerangan. 

Sifir mudah, "permintaan melebihi pengeluaran akan menyebabkan kenaikan harga". 

Mudah saja kan. Masa sekolah dulu pun kita ada belajar. Dah lupa?

Faktor kenaikan harga ayam:

1: Citarasa
2: Jumlah penduduk
3: Jangkaan harga meningkat pada masa akan datang
4: Kemudahan kredit
5: Musim

Faktor tambahan: Pembekal ayam pun nak raya juga. Macam-macam nak beli. Ada yang nak bayar downpayment beli Mitsubishi Storm baru. Nak duit lebih dia naik la harga. 

Ada blogger dan facebookers pro Pembangkang yang berkata  "Tahniah sebab undi BN, sekarang harga ayam naik." 

Kenapa bodoh sampai macam tu? Kalau kamu saja yg bodoh takpe, tapi jangan la ajar orang lain ikut jadi bodoh macam kamu.