Dalam posting terbaru bekas Pengasas Parti PPBM, Anina Saadudin menzahirkan rasa simpati tetapi teruja terhadap semangat kenegaraan yang ditunjukkan oleh Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq.
Ini adalah kerana Syed Saddiq sanggup menahan sakit untuk terbang dari Manila hingga ke hospital di Malaysia demi sukan negara.
Berikut adalah posting beliau di Facebook:
MENTERI KBS BERKURUNG DALAM HOSPITAL ENGGAN BERJUMPA SESIAPA SELEPAS SUKAN SEA MANILA
"Berbagai perancangan strategik diambil oleh Syed Saddiq dalam memajukan sukan negara termasuk membuka klinik Playstation di pejabat menteri.
"Syed Saddiq turut sama berlatih Playstation bersama anak muda dan artis di pejabatnya dalam usaha murni tersebut.
"Namun takdir Allah tiada siapa dapat menghalang. Prestasi atlit Malaysia di Sukan SEA Manila yang sangat hambar bukan salah Syed Saddiq.
"Syed Saddiq yang gigih berusaha juga jatuh sakit dan sanggup menahan sakit dari Philipina, tunggu penerbangan, naik kereta balik ke rumah nya dan menelefon ambulance untuk menghantarnya ke hospital.
"Kerana semangat negara, Syed Saddiq sanggup balik ke Malaysia dan enggan masuk hospital di Manila. Begitu lah hebatnya Syed Saddiq menahan kesakitan demi sukan negara.
"Kini Syed Saddiq minta jangan diganggu kerana beliau mohon berkurung di hospital buat sementara waktu.
"Kesian. Kecik-kecik dah sanggup berkorban untuk negara. Jangan tanya apa negara buat untuk anda, tanya apa anda lakukan kepada negara. Majulah sukan untuk negara.
"Hantar Playstation ke hospital kerana saya percaya Syed Saddiq mahu terus berbakti kepada negara walau di katil hospital." ujar Anina.
-TC