Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anina Saadudin kesal Tun Mahathir gagal pertahan hak mangsa roboh Langkawi



Bekas Pengasas Parti BERSATU, Anina Saadudin melahirkan rasa kesal dengan kegiatan perobohan rumah penduduk di Kampung pantai Pasir Berdengung Langkawi.

"Rakyat Langkawi kecewa Tun Mahathir dan anaknya (Menteri Besar Kedah) gagal peetahankan hak mereka."




"Sebelum PRU14, saya dan team EMPIRICAL MALAYSIA telah masuk ke kampung-kampung menasihati penduduk Langkawi supaya jangan undi PH.

"10 hari kami berjalan dari kampung ke kampung tapi rakyat Langkawi tidak menerima nasihat kami kerana mereka begitu kasih kepada Tun Mahathir.

"Mereka percaya Tun Mahathir akan menjaga mereka dengan baik.



HANYA 10KM SAJA PANTAI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG LANGKAWI. SELEBIHNYA PANTAI PERSENDIRIAN.

"90,000 penduduk Langkawi hanya miliki kurang 10 km kawasan pantai yang boleh digunakan untuk beriadah, selebihnya adalah pantai persendirian milik kroni-kroni Tun Mahathir.

"Tanah-tanah pantai ini telah dibeli oleh Lembaga Pembangunan Langkawi dan dijual kembali kepada kroni-kroni Tun Mahathir dengan harga murah .



"Penduduk Langkawi perlu membayar harga yang mahal untuk kehidupan mereka yang sudah di lanun oleh Tun Mahathir.

"Dari Pantai Pasir Berdengung hingga ke Tanjung Rhu, anak Langkawi hanya boleh berkelah di Pantai Pasir Tengkorak sepanjang lebih kurang 2 km.

"Selebihnya adalah milik persendirian dan penduduk tempatan dilarang masuk. Pantai Chenang, Pantai Tengah hingga ke Awana Porto Malai adalah milik persendirian.



"Anak Langkawi hanya mampu melihat pantai dari jauh, tidak lagi boleh bermain di situ. Apa erti hidup sebagai anak pulau tanpa pantai?

"Hari ini rumah-rumah milik penduduk diroboh tanpa pampasan kerana tanah tersebut milik pemaju hotel 5 bintang yang bersahabat baik dengan Mukhriz.

"Ketika mahu undi rakyat, Tun Mahathir dan anaknya turun ke ceruk kampung siang dan malam, bila dah menang mereka tak turun tapi arahkan rumah rakyat dirobohkan."ujarnya di Facebook.

-Tun Carlos