Pergaduhan di dalam PKR antara kem Anwar dan Azmin ALi semakin parah. Kali ini kem Azmin telah nekad memulakan perang terhadap Presidenmereka, Anwar Ibrahim.
Terbaru pada Majlis Makan Malam bersama Kem Azmin semalam, Zuraida telah mendedahkan pelbagai perkara mengenai apa yang dikatakan oleh Anwar mengenai Azmin Ali kepada semua hadirin.
"Saya nak cakap video itu memang Azmin. Polis dan SB cakap itu Azmin.."kata Zuraida mendedahkan apa yang dikatakan Anwar.
"Saya cabar, kalau betul Azmin, biarlah polis siasat. Kalau betul Azmin kena terima. Tapi polis tak siasat lagi, biarlah polis siasat" kata Zuraida.
Selepas itu Zuraida mendedahkan bahawa Anwar memberitahu yang Tun Dr Mahathir mahu dia (Anwar) pecat Azmin Ali.
"Saya kata, kalau Mahathir mahu pecat, kenapa Mahathir bagi empat statement yang Azmin tak perlu bercuti, boleh teruskan kerja." kata Zuraida sambil mendapat tepukan gemuruh penyokong Azmin.
"Lepas tu dia (Anwar) jawab, you tak kenal Mahathir. You tak tahu Mahathir. Dia gini-gini (sambil menggoyangkan tapak tangan)."kata Zuraida sambil mendapat gelakan tawa dari penyokong Azmin ketika dia terus melakukan aksi goyang tapak tangan seperti sotong.
Pihak wakil Tun Mahathir sudah dihubungi mengenai perkara ini untuk kepastian, tetapi masih belum mendapat apa-apa ulasan dari Tun Mahathir.
-Tun Carlos