Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Asyik kena troll, kini Rafizi umum bersara terus dari politik



Politik negara akan menjadi sedikit suram kerana saudara Rafizi Ramli, seorang figura yang sentiasa sensasi dengan pelbagai formula-formula yang entah apa-apa ingin mengundurkan diri dari politik buat selama-lamanya.

Formula-formula Rafizi seringkali menjadi bahan jenaka ataupun troll oleh netizen. Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak adalah antara tokoh yang selalu mengusik ataupun troll saudara Rafizi di Facebook.




Antara formula-formula yang dibuat oleh Rafizi adalah seperti formula Pendidikan Percuma, formula turunkan harga kereta, formula turunkan harga minyak dan lain-lain lagi formula yang tak masuk akal.

Walaupun begitu, beliau mempunyai banyak juga follower dan penyokong yang mempercayai formula-formula tersebut.

Tetapi sehingga kini, walaupun PH sudah menjadi Kerajaan dan mempunyai kuasa ke atas segala-galanya, mereka langsung tidak mahu menggunakan formula Rafizi.




Di dalam tweet terbaru saudara Rafizi Ramli, beliau telah mengejutkan ramai orang apabila mengumumkan bahawa beliau tidak akan kembali lagi dalam bidang politik.

“Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak akan kembali ke dalam bidang politik,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.




Menerusi Twitter, Rafizi merancang untuk menceburi bidang berkaitan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan pembelajaran mesin.

“Buat masa ini, saya teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” katanya

-Tun Carlos