Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azilah ditawar RM10 juta oleh ahli politik setelah Sirul tolak untuk kaitkan Najib (video)



Raja Petra mendedahkan Ketua Polis Negara, Hamid Badoor tahu rancangan kaitkan Najib & Altantuya sejak Feb 2019 lalu.

Menurutnya pada bulan Februari tahun ini, Sirul Azhar Umar telah menerima tawaran sebanyak RM10 juta untuk membuat pengakuan bahawasanya Najib Tun Razak yang mengarah beliau untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.

Sirul menolak tawaran tersebut. Selepas itu, Azilah Hadri pula terima tawaran untuk memansuhkan hukuman mati dan ditukarkan kepada penjara seumur hidup sekiranya beliau membuat pengakuan bahawasanya Najib yang mengarah beliau membunuh Altantuya.

Seorang pegawai tinggi penjara Kajang telah membawa keluar Azilah beberapa kali untuk berjumpa dengan ahli politik di luar kawasan penjara.

Dan, menurut perjanjian dari ahli politik itu dalam masa dua atau tiga tahun selepas itu, Azilah akan diberi pengampunan dan boleh keluar dari penjara. - Malaysia Today