Kes tuntutan mahkamah yang difailkan oleh agensi pelancongan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyaksikan kejutan yang baru.
Kini Azmin Ali pun yang menyaman syarikat tersebut. Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dalam tuntutan balas terhadap saman yang dikemukakan terhadapnya itu mendakwa pemilik agensi pelancongan itu adalah ibu bapa kepada Muhammad Haziq Hasan Mohd Ayub yang ditahan polis berkaitan video seks yang dikaitkan dengan dirinya.
Tuntutan balas yang dikemukakan oleh Azmin menerusi Tetuan Daim & Gamani pada Jumaat. Antara lain tuntutan balas itu menyebut pemegang majoriti saham YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah Yasmin Hanim Arbee manakala suaminya, Mohd Ayub Hassan merupakan pengerusi syarikat.
Kedua-duanya adalah ibu bapa kepada Haziq dan didakwa menerusi tuntutan balas itu sebagai mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“”Pemfailan saman ini oleh plaintif (YHA) bukan untuk menjaga hak Plaintif tetapi untuk tujuan yang direka bagi merosakkan defendan (Azmin),” kata pemfailan itu
Dalam tuntutan itu juga dinyatakan bahawa penyata tuntutan oleh pasangan suami isteri ini juga telah dibocorkan kepada laman Sarawak Report baru-baru.
“Sarawak Report tidak mungkin boleh mengetahui mengenai pemfailan writ dan penyata tuntutan ini atau mendapatkan salinan tersebut tanpa bantuan plaintif.
“Juga ada tujuan lain sehingga membawa kes ini ke mahkamah,” kata pemfailan tuntutan balas itu.
Azmin pada ketika ini telah menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk ganti rugi teladan, kos; dan relif-relif lain dan selanjutnya yang akan diputuskan mahkamah kelak.
Apapun sehingga sekarang, Azmin masih belum lagi menyaman Haziq walaupun sudah dicabar olehnya untuk berbuat demikian. -Tun Carlos