Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azmin, Zuraida, MB Selangor & Tian Chua antara nama kemungkinan dipecat dari PKR



Pengerusi Kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis Dr Idris Ahmad menggesa Azmin Ali dan pasukannya dipecat daripada jawatan atau digantung keanggotaan kerana tidak hadir “tanpa alasan” hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka minggu lepas.

Idris juga menyenaraikan nama lima pemimpin pro-Azmin, iaitu Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Hilman Idham, Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan exco Pulau Pinang PKR Permatang Pauh Dr Afif Bahardin.




Jika mengikut dari undang-undang parti, nama-nama yang disenaraikan kemungkinan akan dipecat atau digantung dari parti.

"Tindakan ini sangat wajar memandangkan mereka telah menjejaskan dan mencemarkan nama baik dan imej parti serta reputasi Pakatan Harapan di mata rakyat," katanya.



Idris diiringi sekumpulan penyokong dari kumpulan pendesak Jingga 13, Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Selangor, kepada wakil Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.




Idris juga menuntut PKR menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggugurkan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

"Beliau secara terang-terangan menghina Presiden PKR Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain semasa majlis makan malam di Kuala Lumpur," katanya.




Zuraida antaranya mendakwa bahawa Anwar pernah cuba meyakinkannya bahawa Azmin adalah individu dalam rakaman video seks yang tular beberapa bulan lepas.

Pergeseran antara kumpulan penyokong Anwar dan Azmin ALi semakin tegang apabila berlakunya pergaduhan dan tumbuk menumbuk sehingga berdarah kepala di Kongres PKR 2019 di MITC Melaku baru-baru ini. -Tun Carlos