Budaya Cina dan Tamil takkan terhapus jika belajar Jawi -Tian Chua
Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa semua pihak bertenang berikutan pembatalan kongres membantah tulisan Jawi yang dianjurkan Dong Zong di Kajang pada Sabtu ini.
Beliau berkata dengan membenarkan kanak-kanak belajar asas tulisan Jawi dan juga seni khat tidak akan menjejaskan budaya Cina yang telah wujud sejak 5000 tahun dan juga budaya Hindu yang wujud sejak 2000 tahun lalu.
Menurutnya, dengan belajar bahasa lain juga tidak akan menjejaskan bahasa kaum masing-masing.
Beliau menasihatkan agar Dong Zong menggunakan meja rundingan ataupun perbincangan bagi isu Jawi ini. -MalaysiaKini