Bukit Aman ambil masa satu setengah jam ambil keterangan Anwar
Polis telah merakam keterangan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung dakwaan salah laku seksual terhadapnya, tengah hari ini.
Penolong Pengarah utama CID D5 (Bahagian Pendakwaan dan Perundangan) Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata Anwar berada di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur selama satu setengah jam.
Anwar tiba di sana kira-kira pada pukul 3.40 petang dan beredar kira-kira pada pukul enam petang.
Menurut kenyataan rasmi dari Facebook Anwar, beliau ditemani peguamnya Ramkarpal Singh (DAP).
Sejurus selepas diambil keterangan, pihak polis telah ke rumah Anwar di Segambut untuk lanjutan siasatan.
Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis kerana memberi layanan yang profesional kepadanya.
Pada 7 Disember lalu, bekas pekerja Anwar, Muhammad Yusoff Rawther membuat laporan polis berhubung perkara itu dan memberi keterangan di Bukit Aman dua hari kemudian.
Menerusi satu perakuan bersumpah, Yusoff mendakwa insiden cabul itu berlaku di rumah Anwar di Segambut pada 2 Oktober 2018,bersamaan tarikh ketika kempen PRK Port Dickson yang ditandingi Anwar. Anwar menafikan dakwaan itu.
Yusoff Rawther telah diwakili oleh peguan Tun Dr Mahathir iaitu Datuk Haniff Khatri. -Tun Carlos