Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ada dakwaan serangan seksual terhadapnya, tetapi bukan pada Mei 2020 seperti yang diharapkan oleh penyokong Anwar.
Dr Mahathir, 94, memberitahu wartawan Reuters dalam satu temu bual bahawa dia tidak akan menyerahkan jawatan tersebut pada Mei 2020 kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada bulan November 2020.
"Saya berjanji untuk menyerahkan jawatan dan saya fikir perubahan segera sebelum persidangan APEC akan sedikit mengganggu," kata Dr Mahathir.
"Sejauh mana yang saya tahu, saya tetap akan serahkan "baton" kepada nya. Jika ada orang tak mahu dia, itu masalah mereka. Tetapi saya akan melaksanakan janji saya walaupun (Anwar) menerima apa-apa tuduhan. Bila saya berjanji, saya akan laksanakan. "
Ditanya sama ada penyerahan jawatan mungkin pada bulan Disember 2020, Dr Mahathir berkata: "Kita akan lihat bila tiba masanya."