Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cukai dikutip Kastam berkurangan RM17.36 billion berbanding sebelum PRU14

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri)

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mereka berjaya memungut cukai tidak langsung negara berjumlah RM42 bilion sepanjang tahun 2019.

Ia menyaksikan peningkatan hanya RM546 juta sahaja berbanding tahun lepas (2018), dengan hasil pungutan berjumlah RM41.454 bilion.




Sebelum PRU14, kutipan cukai Kastam adalah sebanyak RM58.82 bilion. Ini bermakna negara telah kehilangan RM17.36 billion sejak Pakatan Harapan mengambil alih pengurusan negara.

Walaupun begitu, menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Ahmad Maher Abd Jalil, pihaknya berjaya melepasi sasaran sebanyak RM41 bilion.




"Jika sebelum ini kita ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun kini kita kembali ke Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan skopnya semakin kecil.

"Walaubagaimanapun, kita berjaya melepasi sasaran dan ini merupakan peningkatan agak tinggi," kata Datuk Ahmad Maher ketika ditemubal dalam program Awani Pagi pada Rabu.




"Pelbagai cukai yang Jabatan Kastam pungut, seperti cukai import, eksport, keuntungan luar biasa, jualan dan perkhidmatan," katanya.

Kesemua hasil cukai ini akan disalurkan kepada kerajaan untuk pembangunan negara.




Selain keputusan Kerajaan menggantikan cukai GST kepada SST, antara penyebab kurangnya kutipan cukai oleh kastam adalah seperti aktiviti penyeludupan barang yang tidak dicukai, terutama membabitkan rokok, minuman keras dan bunga api.

-Tun Carlos