Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dividen ASB 5.5%, rekod terburuk tahun sudah berjaya dipecahkan lagi



Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan dividen5.5% untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur, hari ini.

Zeti juga adalah salah seorang penasihat ekonomi kerajaan (Council of Elders) yang dilantik sendiri oleh Perdana Menteri. Tapi nampaknya kepakaran mereka tidak memberi apa-apa impak yang positif untuk ekonomi negara.



“(Kita) puas hati kerana situasi sangat mencabar,” Zeti dipetik sebagai berkata ketika menjawab soalan wartawan.

Pulangan yang diumumkan hari ini menjadi angka terendah baru sejak semenjak penubuhannya padanya pada 1990.

BACADividen ASB sejak 1990 hingga 2019




Malaysia sedang mengalami krisis ekonomi kerana kelompongan dan kelemahan pentadbiran Kerajaan baru yang kurang berpengalaman.

Kejatuhan Bursa Saham paling teruk dalam sejarah juga antara penyebab kejatuhan dividen ASB.

Tahun lepas Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.5sen dan bonus 0.5 sen seunit ASB yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah.

Tapi tahun ini lebih rendah dari yang paling rendah. Rekod terburuk sudah dipecahkan menjadi lebih buruk. -Tun Carlos