Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dividen ASB terburuk tahun ini adalah jaminan pulangan lebih baik masa depan


KUALA LUMPUR, Mohamed Azmin Ali hari ini membela Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menerima pelbagai kritikan selepas mengumumkan dividen terburuk dalam sejarah bagi unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ia adalah dividen yang paling teruk sejak 1990.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberi alasan bahawa pihak pengurusan PNB kini sedang mewarisi beberapa isu legasi dari pengurusan sebelumnya, dan telah melakukan yang terbaik memandangkan keadaan ekonomi semasa.

BACADividen ASB dari tahun 1990 hingga 2019

Tahun lepas juga Kerajaan PH memberi alasan yang sama. Dividen tahun lepas juga adalah yang paling buruk dan alasan Kerajaan PH masa itu adalah kerana mereka terpaksa mewarisi hutang Kerajaan lama.

Tapi kini bila hampir masuk tahun ke dua pemerintahan Pakatan pun mereka dilihat memberi alasan yang lebih kurang sama.

"Ia membabitkan (agihan) RM9 bilion (kepada lebih 10 juta pelabur). Ini bukan jumlah kecil," katanya kepada pemberita di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, hari ini.



Beliau berkata dividen ASB terburuk tahun ini adalah jaminan pulangan lebih baik masa depan.

"Dengan situasi semasa, PNB telah melakukan yang terbaik bagi memastikan pelabur dan pemegang saham menerima pulangan yang lebih baik untuk tahun yang akan datang," katanya.

Azmin berkata prestasi ekonomi dan pasaran juga menyumbang kepada dividen yang rendah.

"Selain itu, terdapat isu tadbir urus - apa yang berlaku pada masa lalu.

"Pengurusan baru PNB mencuba tahap terbaik mereka untuk memastikan tadbir urus dan akauntabiliti menjadi tunggak pengurusan baru," katanya.




Azmin mengulas kritikan pemimpin pembangkang yang membidas kerajaan Pakatan Harapan atas prestasi buruk PNB.

Pengerusi PNB, Zeti Akhtar Aziz berkata PNB berpuas hati dengan prestasinya berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia.

-Tun Carlos