Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dong Zong adalah pertubuhan rasis -Tun Mahathir (video)



Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir hari ini telah mengeluakan kenyataan bahawa persatuan pendidikan Cina iaitu Dong Zong adalah sebuah pertubuhan yang rasis.

Ini berikutan tindakan Dong Zong yang tidak menghiraukan amaran beliau supaya tidak meneruskan kongres bantah tulisan Jawi di Kajang pada 28 Disember ini.



"Lihat latar belakang Dong Zong, mereka tidak pernah berjuang untuk Malaysia, mereka hanya berjuang untuk satu kaum sahaja. Ini adalah negara berbilang kaum, mereka juga perlu fikir apa perasaan kaum lain."

"Bila kita berbuat sesuatu, cuba lah dengar apa pendapat kaum lain. Jika ada bantahan, adakan perbincangan."



"Bila saya cadangkan untuk kita buat Sekolah Wawasan untuk mengajak semua kaum belajar bersama-sama, Dong Zong membantah cadangan tersebut kerana menurut mereka kanak-kanak Cina akan bercampur dengan kanak-kanak Melayu."

"Cara berfikir ini adalah amat rasis, apa masalah dengan Melayu dan Cina bersekolah bersama-sama?"



"Sebab itu saya kata, pertubuhan ini adalah pertubuhan rasis." ujar Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini. -Tun Carlos