Ekonomi negara lembab, Najib simpati bila 543 staff NSTP diberhentikan kerja
Hari ini, Dato Seri Najib Razak meluahkan rasa simpati kepada 543 orang staff NSTP yang telah diberi notis perberhentian kerja.
"Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku. Walaupun ada ketika laporan media mereka berbentuk provokasi dan agak menyinggung saya. Tetapi kini mereka hilang kerja, hilang nafkah."
"Bagaimana nak sara hidup keluarga?" Ditambah pula keadaan ekonomi lembab dan kurang peluang pekerjaan di pasaran." ujar beliau lagi di Facebook.
Hari ini, sejumlah 543 kakitangan kumpulan New Straits Times Press (NSTP) akan ditamatkan perkhidmatan pada 12 Mac tahun depan, berikutan langkah pengurangan pekerja yang sedang dibuat Media Prima Bhd.
Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP Farah Marshita Abdul Patah, berkata pengecilan operasi akan memberi kesan kepada tiga penerbitan - New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
Selain ibu pejabat NSTP di Jalan Riong, Bangsar, biro negeri di seluruh negara juga akan digabungkan dan ia menjadikan jumlahnya dikurangkan daripada 14 kepada enam.
Katanya, bahagian di negeri-negeri di pantai timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), utara (Pulau Pinang, Kedah, Ipoh dan Perlis dan selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) akan digabungkan kepada tiga biro.
Biro Putrajaya dan Shah Alam juga akan digabungkan, manakala Sabah dan Sarawak masing-masing akan memiliki satu biro, katanya lagi.
Media Prima mencatatkan kerugian terutama dari revenue dan juga pengiklanan. Pada suku tahun pertama 2019 selepas Kerajaan PH mengambilalih Putrajaya, Media Prima mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM42.8 juta berbanding hanya RM23 juta pada suku yang sama tahun 2018.
Menurut unjuran Bank Negara baru-baru ini, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia juga agak bergerak lembab sebanyak 4.5% sahaja sehingga tahun depan berbanding 5.3% ketika sebelum PRU14.
Ini sudah tentu mengakibatkan lebih banyak lagi starikat-syarikat gergasi yang akan turut melakukan praktis yang sama iaitu mengurangkan pekerja.
-Tun Carlos