Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Elaun Kritikal: Syed Saddiq dakwa Tun M mahu tangguh, tapi JPA tiada respon



Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitter hari ini telah memuat naik satu video yang direkodnya sendiri yang memberitahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad telah bercakap kepadanya untuk menangguhkan pemansuhan bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK).

Video Syed Saddiq yang menggunakan teknik rekording muka jarak dekat itu telah menjadi viral sejak tengah hari tadi.




Keputusan pemansuhan bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) ini telah mengundang bantahan banyak pihak baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq dalam video tersebut, Tun Mahathir setuju untuk membincangkan perkara itu dalam mesyuarat kabinet pertama tahun depan.




Tapi sehingga saat ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam JPA mahupun mana-mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri masih tidak memutuskan samada untuk tangguh keputusan membatalkan BIPK tersebut.

Di portal rasmi JPA juga tidak ada apa-apa pengumuman mengenai apa yang disebut oleh Syed Saddiq. Begitu juga di Twitter dan Facebook rasmi jabatan tersebut.




Terdahulu pemansuhan elaun itu, yang diumum dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 20 Disember, melibatkan lantikan penjawat awam profesional bermula tahun depan.

Keputusan itu dibuat setelah semakan JPA mendapati pekerjaan itu tidak lagi menepati kriteria ditetapkan untuk elaun tersebut. 

-Tun Carlos