Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fobia jadi kerajaan sepenggal, PH cepatkan bayaran pembelian Bdr Malaysia kepada 3 tahun



Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah memberi respon kepada tindakan Kerajaan PH yang baru-baru ini mempercepatkan bayaran pembelian Bandar Malaysia dari 7 tahun kepada 3 tahun.

Beliau berkata, Kerajaan PH fobia menjadi kerajaan sepenggal, oleh itu mereka mempercepatkan bayaran supaya setiap daripada mereka boleh dapat "habuan" sebelum Pru15.

Menurut Najib, "Penambahan baik" paling utama dan kedua dalam propaganda PH cuma "duit bayaran masuk lagi cepat" dalam masa 3 tahun berbanding 7 tahun". (4 tahun pun mereka dah fobia).

Propaganda perbandingan PH dengan BN

"BN ada cara lebih baik untuk projek ini." ujarnya.

"Propaganda PH tentang Bandar Malaysia sekarang ialah projek ini tidak sama dengan apa yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu - walaupun pembeli, harga jualan, konsep pembangunan, nilai pembangunan projek adalah 100% sama."kata Najib



"PH kata projek ini sudah ditambah baik. Tambah baik apa?"

"Kerajaan BN dahulu batalkan penjualan ini pada tahun 2017 (ya, kita batal, pembeli membantah) kerana kita ada kaedah lebih baik untuk menguntungkan negara."

"Kita tak batal penjualan di mana kerajaan boleh kutip RM7.41 bilion tanpa sebab. Ini alah kerana kita tak mahu jual tanah atau kepentingan projek begitu sahaja."

"Kita mahu membangunkan projek ini melalui kaedah menjual hak pembangunan (development rights) seperti apa yang sedang dilakukan oleh projek Kwasa Damansara milik KWSP."

"Dengan ini, keuntungan kepada kerajaan adalah jauh lebih tinggi berbanding penjualan 60% kepentingan dalam projek ini seperti apa yang telah dilakukan oleh PH semalam."

KERAJAAN RUGI BERPULUH BILLION KERANA PH MAHU UNTUNG CEPAT (3 TAHUN)

"Apa yang PH buat bukan tambah baik tetapi tambah mundur."

"Hanya kerana PH mahu kutip duit RM7.41 bilion dalam masa 3 tahun dari pembeli, mereka melepaskan keuntungan berpuluh bilion Ringgit lagi dalam tempoh 20 tahun projek ini."



"Mungkin PH tak konfiden mereka masih lagi kerajaan selepas 3 tahun dan keuntungan selepas tempoh itu tidak kena mengena dengan mereka?"

(Kalau tak percaya, tengok propaganda mereka di mana tempoh mengutip duit dalam masa 3 tahun berbanding 7 tahun disenaraikan sebagai faktor penambahan baik paling utama.. Faktor kedua diberi PH pula ialah bayaran deposit adalah RM1.27 bilion - dan bukan RM741 juta.)

Sebab itu, penulis pakar Perniagaan juga tertanya-tanya kenapa PH buat begini.

-Tun Carlos