Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Guan Eng dakwa ekonomi Malaysia akan meningkat paling lewat Jun 2020


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembangunan ekonomi Malaysia dijangka meningkat selewat-lewatnya menjelang Jun tahun ini, sekali gus membolehkan kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada 4.8 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2019.

Walaupun apa kenyataan Guan Eng, kalangan ahli ekonomi dan Bank Dunia telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding unjuran awal pada 4.6 peratus.!



“Kita yakin untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan tersebut, disokong oleh harga komoditi yang semakin pulih selain faktor perkembangan pelaburan awam khususnya perbelanjaan kerajaan serta prospek penyelesaian perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China,” kata beliau dalam temu bual dengan Bernama.

Lim berkata, ekonomi Malaysia juga dijangka rancak dan mendapat rangsangan sekiranya perang perdagangan Washington-Beijing dapat diselesaikan.



Ini sejajar status negara ini sebagai ekonomi pengeksport dan sebarang penyelesaian perbalahan perdagangan membabitkan dua kuasa besar ekonomi itu mampu memberi manfaat kepada Malaysia.

“Mahu tidak mahu, kita (sentiasa) dipengaruhi oleh keadaan atau suasana perdagangan (luaran). Oleh itu, apabila kita lihat prospek pertumbuhan perdagangan sedunia hanya 1.2 peratus iaitu kadar paling rendah dalam 10 tahun, kita menjangkakan untuk mencapai pertumbuhan KDNK pada 4.7 peratus.



“Bagi tahun 2020 pula, prospek pertumbuhan perdagangan dunia dijangka meningkat kepada tiga peratus. Sehubungan itu, kita yakin unjuran 4.8 peratus dapat dicapai dan melihat pertumbuhan lebih tinggi sekiranya perang perdagangan AS-China dapat diselesaikan,” katanya.

Mungkin jika AS-China belum berhenti bergaduh sehingga Jun 2020, mungkin itu boleh dijadikan alasan Guan Eng sekiranya ekonomi belum membangun.

-Tun Carlos