Itu kad ucapan tahniah, bukan sijil penghargaan -Rina Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun telah tampil menjelaskan mengenai gambar yang dikatakan "sijil penghargaan" yang viral di media sosial hari ini.
Sijil penghargaan itu dikritik netizen kerana ia mempunyai foto beliau di atasnya. Tindakan itu disifatkan netizen sebaga "gila glamour" dan sebagainya.
BACA: Foto Rina Harun di SIjil Penghargaan mendatangkan tawa netizen dan ahli politik
"Penjelasan berkenaan isu yang sedang viral baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, itu BUKANLAH SIJIL PENGHARGAAN kepada pelajar yang berjaya memasuki MRSM tetapi itu merupakan KAD UCAPAN TAHNIAH daripada saya kepada mereka."
Saya akan terus memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga B40 diberikan keutamaan untuk mendapatkan tempat di MRSM."
"Kepada yang berjaya, tahniah sekali lagi saya ucapkan. Manfaatkan peluang yang ada di MRSM sebaiknya agar menjadi modal insan yang mampu berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa hadapan." kata beliau di Facebook.
NETIZEN TIDAK PUAS HATI
Walaupun begitu, netizen tidak berpuas hati. Ada yang mempertikai Rina dan mendakwa tindakan itu hanya membazir wang rakyat kerana kos untuk mencetak kad ucapan yang berwarna juga adalah amat mahal.
Cukup sekadar upload gambar kad ucapan itu di setiap platform media sosial Menteri seperti di Facebook, Instagram dan Twitter seperti ucapan tahniah dan ucapan Hari Raya oleh pemimpin-pemimpin lain yang biasa dibuat.
-Tun Carlos