Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jamal Yunus tawar kerja kepada adik orang kuat PH yang dibuang kerja Kerajaan


Semalam kecoh satu negara apabila adik seorang penyokong kuat Pakatan Harapan yang juga Ketua Penerangan Bersatu negeri Perak telah dibuang kerja sebagai staff Kerajaan.

BACA: Penyokong kuat PH bingung bila adik sendiri dibuang kerja Kerajaan

Menurut orang kuat PH tersebut, adiknya telah bekerja selama 15 tahun dengan Kerajaan sebelum ini. Tetapi kelmarin beliau menjadi bingung kenapa Kerajaan PH yang beliau sokong dan puja selama ini telah berlaku kejam terhadap adik kesayangannya.



Tetapi hari ini, Dato Seri Jamal Yunos telah memberi sinar harapan yang baru kepada adik beliau dengan menawarkan kerja kepada adiknya.

"Minta adik dia kerja dengan saya, gaji boleh runding."ujar Jamal ringkas.


Jamal Yunus terkenal dengan sifat pemurahnya. Ketika kerajaan sebelum ini, beliau selalu membantu orang susah dan juga banyak membantu meringankan beban orang B40 di Selangor.



Dulu, pelbagai program yang dianjurkan Jamal seperti jualan murah ayam dan ikan, burger percuma, dan yang paling diingati oleh ramai warga kotaraya Kuala Lumpur adalah makan tengahari percuma setiap hari di Restorannya berdekatan dengan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur.

Selepas PH memang PRU14, restoran tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

-Tun Carlos