Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jho Low sudah berada di dalam negara?



Setelah lebih setahun pihak Polis Diraja Malaysia menjejaki Jho Low, akhirnya hari ini penjejakan itu akan berakhir.

Difahamkan Ketua Polis negara akan mengumumkan penangkapan Jho Low selewat-lewatnya pada hari ini.




Mengikut rekod, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low pada 4 Disember 2018.

Selepas itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa balik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Jho Low, 38, dikehendaki bukan sahaja atas beberapa pertuduhan melibatkan penyelewengan dana berkenaan, tetapi turut dikehendaki selaku saksi penting dalam kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan terus mencari Jho Low, biarpun lokasinya sukar dikesan.



Rentetan itu, pada April ahli perniagaan berasal daripada Pulau Pinang itu dikhabarkan berada di beberapa kawasan seperti Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China.

Pada Oktober Jho Low didakwa berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri Parti Hollywood.

Namun semua dakwaan itu dinafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menyatakan Jho Low sebenarnya mendapat perlindungan daripada sebuah negara namun tidak mendedahkan negara itu.



Bulan lepas, Abdul Hamid mendedahkan polis mendapat maklumat terdapat cubaan ahli perniagaan itu untuk membeli harta di Cyprus dengan menggunakan nama individu yang tidak dikenali.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh selepas pihaknya menahan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Jho Low.



Pada September, Abdul Hamid dilapor berkata, pihaknya akan berusaha untuk membawa pulang Jho Low paling lewat hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2019. Itu janji beliau kepada rakyat.

Polis dalam masa sama, katanya polis telah bekerjasama rapat dengan Biro Keselamatan Awam China dan Interpol untuk menjejaki Jho Low.



Mengikut sumber yang tidak boleh dipercayai, Hamid Bador dijangka akan membuat pengumuman mengenai kejayaan tangkapan Jho Low kepada rakyat Malaysia paling lewat sebelum jam 7 malam ini iaitu selepas tamat waktu pejabat.

-Tun Carlos