Najib Razak menyaman Ambank dan bekas pengurus hubungannya, Joanna Yu kerana bersekongkol dengan Jho Low.
Najib menuntut ganti rugi dari Ambank dan Yu kerana didakwa melakukan perbuatan itu, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia).
Menurut peguamnya, Muhammad Farhan Shafee, Yu mengambil arahan daripada Low dengan menghalang amaran 'red flags' terhadap akaunnya dikeluarkan dan menghalang ahli politik berkenaan daripada dimaklumkan mengenai perkara itu serta mengambil tindakan.
"Saman itu adalah mengenai pelanggaran tanggungjawab oleh bank dan Yu kerana bertindak di luar skop amalan standard perbankan dengan mengambil arahan dan mendedahkan maklumat mengenai akaun kepada orang yang tidak dibenarkan seperti Jho Low
Iklan
"Daripada perbualan Blacberry Mesengger yang kami lihat semasa perbicaraan SRC International, beberapa arahan diambil dari Jho Low menyebabkan Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan amaran 'red flags' anti pengubahan wang haram.
"Dato Seri Najib sepatutnya segera dimaklumkan mengenai status akaun dan campur tangan ini. Sebaliknya dia dibiarkan dalam kegelapan," kata Farhan ketika dihubungi hari ini.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu, Najib menamakan tiga defendan -
1)AMMB Holdings Bhd
2)Ambank Islamic Bhd
3) Joanna Yu.
Oleh kerana salah laku ke atas akan Ambank itu, Najib kini terpaksa menghadapi tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan RM42 juta dana SRC International.
Wang yang didakwa disalahgunakan dari SRC International dimasukkan ke tiga akaun bank Najib di Ambank antara penghujung 2014 dan awal 2015.
Semasa sesi soaljawab di Mahkamah ketika perbicaraan beberapa minggu lalu, Yu memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan, di mana dia mendedahkan kepada mahkamah mengenai komunikasi beliau dengan Low pada perkara yang berkaitan dengan akaun bank Najib.
Ia termasuk mengambil arahan daripada Jho Low walaupun dia bukan individu yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.
-Tun Carlos