Kelmarin dilaporkan harga bawang di negeri Perlis telah naik mendadak sehingga RM12 sekilo. Menurut agensi Kerajaan, kenaikan ini adalah disebabkan kekurangan bekalan bawang merah di negeri tersebut.
Tetapi hari ini seperti yang dilaporkan di Buletin TV3, harga bawang di Kuala Lumpur juga naik sehingga RM16 sekilo.
Menurut peniaga, kekurangan stok bawang dari India dan juga kadar tukaran ringgit yang amat rendah adalah punca kenaikan mendadak harga bawang merah.
Di Kelantan juga, harga bawang naik sehingga RM12 sekilo. Kenaikan ini bukan kerana sambutan Krismas, tetapi bermula sejak 5 bulan yang sudah.
Menurut seorang peniaga di Chow Kit, semasa sebelum pru14 dulu harga bawang paling mahal pun RM4 sekilo. Jika naik ke RM4.50 sen sekilo pun rakyat sudah akan bising terutama sekali pembangkang pada ketika itu.
Tapi hari ini setelah negara diuruskan oleh Pakatan Harapan, harga bawang merah naik berganda-ganda. Ramai peniaga berasa bimbang kerana perniagaan turut terjejas akibat kenaikan harga barang.
-Tun Carlos