Kalau gaji minimum penjawat awam RM1800, kedai tomyam semua akan tutup -Mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjawab pertanyaan pemberita mengenai gaji minimum, sehari selepas Cuepacs mencadangkan gaji minimum RM1,800 kepada penjawat awam.
“Tidak apa, kita bayar. Habis kedai tomyam semua tutup, tidak boleh bayar gaji,”ujarnya ketika ditemui di Persidangan Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Kenyataan Tun Mahathir walaupun dikatakan hanya berseloroh, ramai yang tertanya-tanya apa kaitan gaji penjawat awam dengan pekerja di kedai Tom Yam? Mungkin beliau tak faham soalan.
Semalam, Presiden baru Cuepacs, Adnan Mat berkata cadangan itu pernah dibangkitkan kepada Mahathir sebelum ini dan mahu pastikan pelaksanaan gaji minimum penjawat awam dapat direalisasikan menjelang 2022.
Katanya, Cuepacs mencadangkan jumlah RM1800 tersebut kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.
“Kajian Cuepacs menunjukkan keperluan seorang rakyat perlukan wang minimum RM2,600. Begitu juga kajian Bank Negara sebanyak RM2,700 manakala kajian oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM2,680,” katanya.
-Tun Carlos