Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kehadiran Ellie Suriati memberi kejutan kepada penganjur Kongres Jawi



NGO Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) meneruskan penganjuran Kongres Jawi di Petaling Jaya hari ini walaupun mendapat banyak bantahan daripada banyak NGO dan orang Melayu.

Setelah beberapa minit majlis berlangsung beberapa wakil dari NGO Gelombang Rakyat Malaysia yang membantah Kongres ini dilihat masuk ke dalam dewan, yang diketuai Presidennya, pelakon Ellie Suriati Omar.



Ketibaan mereka menyebabkan kejutan di dalam dewan apabila aktivis Siti Kasim, yang berucap pada masa itu, menyedari kehadiran mereka tetapi meneruskan ucapannya.

Setiausaha Sekat, Arun Doraisamy mengiringi mereka duduk di meja di tepi dewan dan mengambil masa untuk menyantuni Ellie dan kumpulannya.

Ellie berkata beliau akan bertemu dengan Arun semula selepas kongres itu.



Terdahulu Arun bercakap kepada pemberita bahawa beliau secara peribadi mempelawa mana-mana pihak yang membantah untuk bercakap di hadapan kira-kira 400 tetamu yang hadir.

Kongres hari ini diadakan sehari selepas kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong mematuhi perintah mahkamah, yang diperolehi oleh polis Kajang, untuk membatalkan kongres mereka bagi membincangkan bantahan terhadap pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat.

pic credit: MalaysiaKini


Kira-kira 400 tetamu yang hadir dan mereka kebanyakkannya wakil-wakil dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Kongres yang dijadual berlangsung selama dua jam itu akan menampilkan ahli panel yang terdiri daripada, antara lain, aktivis Siti Kasim dan ahli akademik Prof Mohd Tajuddin Mohd Rasdi.

Berita lanjut menyusul.

-Tun Carlos