Kenapa Perpaduan Ummah ditukar kepada Muafakat Nasional? -Nik Abduh (video)
Semalam dalam ceramah Muafakat Nasional di Gombak, YB Nik Abduh yang juga anak kepada Allahyarhan Tuan Guru Nik Aziz telah menerangkan kepada hadirin kenapa nama Perpaduan ummah ditukarkan kepada nama Muafakat Nasional.
Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah YB Dato Seri Ahmad Maslan, ROslan Shahir (Setiausaha PAS Selangor), Datuk Abdul Rahman BAkri (Ketua penerangan UMNO Selangor), Ust SAlehuddin Mohd Yasir (Yang di Pertua PAS Gombak) dan Datuk Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (Ketua UMNO Gombak).
Menurut Nik Abduh, nama Perpaduan Ummah ditukar kepada Muafakat Nasional kerana Malaysia bukan hanya ada masyarakat Islam sahaja. Ada juga masyarakat dari bangsa-bangsa lain. Oleh itu semua orang harus menyebarkan maksud Muafakat Nasional kerana muafakat inilah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Berikut adalah video ucapan YB Nik Abduh (durasi: 3minit 40 saat):